Waktu Terbaik Beri Nasihat Pada Anak

By August 6, 2019Tips Parenting

1. Sewaktu berjalan-jalan, pernah Ibnu Abbas diberikan nasihat oleh Rasulullah semasa mereka dalam satu perjalanan menuju ke satu tempat. Boleh sahaja sama ada dalam keadaan berjalan kaki atau di atas kenderaan.

 

2. Sewaktu makan, Rasulullah pernah menyampaikan nasihat kepada Umar bin Abi Salamah ketika sedang makan bersama. Elakkan melihat handphone ketika makan bersama, jadikan itu sebagai peraturan tetap semasa makan

 

3. Sewaktu sakit, ada seorang anak Yahudi akhirnya masuk Islam semasa Nabi Muhammad datang menziarahinya. Oleh itu ibu bapa elakkan marah-marah anak jika mereka kuat merengek-rengek waktu demam. Sambil jaga anak sambil memberi nasihat.

 

4. Sewaktu anak meminta nasihat, Rasulullah mengajar kita bila orang meminta nasihat, kita mesti sampaikan nasihat. Semasa anak datang mengadu masalah, waktu sampaikan nasihat. Sewaktu anak menunjukkan hasil kerjanya, minta kita puji, sampaikan pujian dan nasihat sekali.

 

Ok itu sahaja, semoga membantu semua ibu bapa untuk mendidik anak.

Author tapowa

More posts by tapowa

Leave a Reply