IBU BAPA SERU PADA ANAK BUAT DUA BENDA NI DALAM KELAS

Berdasarkan pengalaman, pembacaan dan kajian saya, saya simpulkan ada dua perkara anak-anak wajib buat bila berada di dalam kelas. Jika anak buat dua perkara ini, biasanya ilmu yang disampaikan guru-guru lebih lama melekat dan susah hilang.

 

Sebab itu ramai pelajar terutama yang balik Tapow A Supercamp menunjukkan result yang bagus, sebab saya selalu pesan pada mereka, jaga 2 benda semasa dalam kelas. Jika tak buat rugi. Hampir 8 jam sehari mereka berada dalam kelas, jika dibiarkan, bermaksud mereka telah merugikan masa selama 1600 jam setahun bersamaan 66 hari. Rugi! Rugi! Rugi!

 

 

Ok, apa DUA PERKARA WAJIB BUAT semasa berada dalam kelas?

 

 

1. Bagi TUMPUAN 100% semasa guru sedang mengajar.

Ya, inilah rahsia besar semua pelajar cemerlang Straight A. Percayalah cakap saya, jika anak kita fokus dalam kelas, ibu bapa boleh jimat lebih RM5000 setahun, sebab tak perlu hantar anak pergi tuisyen. Semua pelajar terbaik SPM, PMR, PT3, UPSR, DIPLOMA, IJAZAH sebut perkara sama iaitu bagi tumpuan SERATUS PERATUS semasa guru mengajar.

 

Jangan mengelamun, jangan berkhayal, jangan tidur, jangan melayan kawan sembang dan jangan mengintai siapa lalu di tepi tingkap! Tanamkan rasa minat yang tinggi pada pelajaran walaupun guru mengajar kat depan membosankan. Walaupun guru tu bosan, percayalah pada guru itu ada hikmah dan ilmu yang banyak.

 

Macam mana nak tingkatkan fokus? Tidur mesti cukup, sediakan buku nota, catat nota, duduk dengan postur badan yang betul, pastikan pernafasan sentiasa stabil, bawa bekal air kosong. Kalau anak anda jenis susah tidur malam, dapatkan produk BIOLUBAN di 0134573521 untuk dia senang tidur malam dan kurang stres. Kalau tak nak beli, tiada masalah. Saya cuma sebut sahaja.

 

 

2. SELALU BERTANYA

ketika berada di dalam kelas. Ini rahsia kedua yang diamalkan majoriti pelajar cemerlang. Rajin bertanya, jangan diam, mesti aktif di dalam kelas. Walaupun dah faham, tanya soalan lain, asalkan dapat tanam keberanian bertanya di dalam kelas.

Jika faham pun kena tanya, apatah lagi tak faham. Jangan malu digelak kerana tak faham. Bertanya sahaja. Tak pernah ada lagi kes guru bunuh pelajar sebab bertanya di dalam kelas, hahaha.

Bagaimana nak mudah bertanya? Malam-malam sebelum tidur baca dulu topik akan bakal dipelajari esok. Jangan tidur tanpa baca buku topik esok. Masa baca, apa yang tak faham, tulis awal-awal dalam buku nota, dan tanyakan perkara tersebut pada guru hari esoknya.

Jangan gila nak habis silibus, tapi tak faham. Silibus habis lambat tak mengapa yang penting faham. Sebab faham membantu ingatan. Lagi faham lagi mudah ingat.

 

 

Jika malu nak bertanya di dalam kelas, jumpalah cikgu secara privasi waktu rehat atau lepas sekolah. Jika itu pun takut juga, bertanyalah kepada kawan yang lebih cemerlang, asalkan ada sikap suka bertanya. Kan pepatah kata, malu bertanya sesat jalan.

 

Wallahuaklam. Semoga bermanfaat. Kalau ibu bapa tak tahu macam mana nak sampaikan benda ni pada anak, biar saya tolong sampaikan. Tapi kena datang Tapow A Supercamp lah. Huhuhu.