Tips Membuang Sikap Negatif

By May 27, 2019Motivasi Diri

1. Sedar apakah sikap negatif tersebut, juga sedar sikap itu tak bagus untuk perhubungan dan masa depan. Contohnya, sebagai pelajar antara sikap negatif yang biasa kita kenal adalah malas, banyak main, leka, gila games, kuat tidur, dan susah dengar cakap. Untuk ibu bapa pula, contoh sikap negatif adalah mudah marah, guna emosi, sibuk dengan handphone depan anak dan sebagainya.

 

 

2. Insaf dan bertekad untuk berubah. Insaf itu ertinya kita berasa bersalah dengan memiliki sikap itu. Kita berasa tak suka, kita sedih selepas mengamalkan sikap negatif itu. Kemudian, ambillah satu keputusan yang jitu, bahawa sikap negatif ini mesti ditinggalkan. Keputusan yang tegas dan tiada lagi berdolak dalih, inilah yang disebut sebagai tekad.

 

 

3. Tentukan apakah sikap baik yang mahu diganti. Dari malas kepada rajin membaca buku. Dari kuat tidur kepada tidur pada waktunya sahaja. Dari pemarah kepada tenang dan sabar pada setiap keadaan.

 

 

4. Ikrar pada diri sendiri setiap hari bahawa kita akan tinggalkan sikap negatif tersebut. Gambarkan diri kita yang baru, yang mengamalkan sikap yang baru. Rasakan tenaga positif pada sikap baru. Rasakan perubahan cemerlang yang bakal berlaku jika kita mengamalkan sikap yang baru tersebut.

 

 

5. Denda dan ganjaran. Jika kita masih mengamalkan lagi sikap negatif tersebut, denda diri sendiri. Jika kita mula mengamalkan sikap positif walaupun baru, kecil atau sedikit, maka beri ganjaran pada diri sendiri.

 

 

6. Lantik kawan jadi pengingat. Beritahu kawan kita mahu meninggalkan 3 sikap negatif, contohnya malas, buruk sangka, kedekut. Jika kawan tu perasan kita buat sikap itu, sila tegur terus, tegur direct. Izinkan dia cubit, pukul bahu, tampar pipi, atau keluarkan ayat sentap supaya kita sentiasa ingat ada janji perubahan yang kita telah ikrar.

 

Wallahuaklam.

Saya dah amalkan.

Banyak membantu mengubah diri saya dari negatif kepada positif. Sebab itu saya kongsi di sini. Nak share ilmu ini? Silakan, saya sangat suka.

Ikhlas dari saya.
Che Mat.
Rakan positif anda.