Terma Dan Syarat Seminar Tapow ‘A’

AM

Sebarang bayaran deposit yang telah dibuat TIDAK akan dipulangkan.

Sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri atas sebarang sebab,anda boleh menggantikan penyertaan anda dengan orang lain. Sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Pelanggan ALAF TRAINING, selewat-lewatnya empat belas (14) hari bekerja sebelum tarikh program bagi tujuan pemindahan pendaftaran.Tertakluk kepada Terma dan syarat.

Jika anda tidak dapat menghadirkan diri dan tidak mahu menggantikan dengan sesiapa, bayaran anda tidak akan dikembalikan.

 

Pada Hari Program

Sekiranya anda telah hadir pada hari pertama program dan selesai mendaftar TETAPI tidak berpuas hati atas sebarang sebab, anda boleh membuat permohonan pengembalian yuran pendaftaran program dengan mengikuti langkah-langkah berikut:-

  • Sila ke kaunter Bahagian Perkhidmatan Pelanggan yang telah disediakan di lokasi program.
  • Permohonan HANYA SAH diterima dalam tempoh empat (4) jam pertama selepas program berlangsung pada hari pertama dan dilakukan dalam kawasan program.
  • Anda dikehendaki menyertakan bukti pembayaran yuran program yang lengkap berserta maklumat bank akaun anda.
  • Anda dikehendaki memulangkan semua bahan program (‘course material’) yang diberikan oleh pihak penganjur ketika pendaftaran semasa permohonan dibuat.
  • Selepas langkah-langkah yang dinyatakan diatas dipatuhi, yuran pendaftaran akan dikembalikan/dikreditkan dalam akaun anda selepas tiga puluh (30) hari bekerja daripada tarikh tamat program.
  • Pendaftaran percuma tidak layak untuk membuat/menerima bayaran balik.

 

Selepas Hari Program

Sekiranya anda TIDAK dapat menghadirkan diri ke program yang telah didaftarkan, bayaran anda tidak akan dikembalikan.

TENTATIF SEMINAR TAPOW A