TEKNIK MUDAH MENDISIPLINKAN ANAK

By July 31, 2017Tips Parenting

TEKNIK MUDAH MENDISIPLINKAN ANAK

Topik yang saya nak sentuh pada kali ini adalah berkaitan dengan Tips Mudah Bagaimana Mendisiplinkan Anak-anak. Masalah ibu bapa hari ini mereka susah untuk memberi arahan kepada anak-anak. Ibu bapa ada masalah untuk berkomunikasi dengan anak-anak.

Ini kerana anak-anak mereka susah mendengar kata, anak mereka suka melawan kata, dan anak-anak tidak mahu ikut apa suruhan kita. Sebab itu saya ambil peluang dan ruang ini nak berkongsi bagaimana cara untuk ibu bapa mendisiplinkan anak-anak.

Sekian,

Che Mat

(1)

Pertama sekali, ibu bapa kena berbincang sesama mereka apa disiplin yang nak anak-anak mereka ikut. Contohnya disiplin setiap awal pagi, anak-anak kena bangun pukul berapa, bangun tidur kena buat apa. Disiplin waktu malam contohnya anak-anak kena tidur jam berapa, anak-anak last boleh tengok tv jam berapa dan apa jua disiplin yang berkaitan. Semua ini kena bincang dan kena tentukan.

Kesilapan yang selalu kita lihat adalah tiada perbincangan sesama ibu bapa. Ibu nak terapkan disiplinĀ  bercanggah dengan kemahuan bapa yang nakkan sebaliknya. Dan disebabkan inilah ibu bapa menjadi stress.

Sedar tak sedar, anak-anak ni buat kesilapan yang sama dan berulang-ulang hampir setiap hari. Contohnya bangun lewat, lambat mandi, tak kemas bilik tidur dan itu memang kebiasaan bagi mereka.

Oleh itu, ibu bapa perlu berbincang teknik ataupun cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

(2)

Undang-undang ada dua iaitu undang-undang bertulis dan undang-undang tidakĀ  bertulis. Yang mana paling kuat antara dua? Sudah tentu undang-undang bertulis. Sebab itu, ibu bapa kena terapkan peraturan yang ditulis dalam keluarga.

Dan jangan buat mana-mana peraturan yang tidak bertulis. Contohnya, kita nak masa makan semua orang kena ada, jangan makan depan televisyen, waktu maghrib dilarang tengok televisyen. Jadi, peraturan itu perlu ditulis supaya semua ahli keluarga akan ambil perhatian.

Sama la seperti ibu bapa kita masa kita kecik-kecik dulu, selalu peringatkan kita tentang perkara yang sama berulang-ulang kali. Kerana ibu bapa kita dulu tidak tulis dan itulah menyebabkan mereka terpaksa mengulang-ulang ingatkan kita.

Disebabkan kita tak nak stress bila balik kerja cakap perkara yang sama, marah benda yang sama. So, segala peraturan yang kita nak anak kita ikut dan segala peraturan yang kita taknak anak kita buat, kita kena tulis.

Sebenarnya kita stress, marah, penat dan letih dengan kesalahan yang sama dari anak-anak kita. padahal kesalahan yang dibuat bukan banyak seperti yang kita fikirkan. Percayalah, kebaikan dan kelebihan yang ada pada anak lebih banyak dari kesalahan mereka. Sebab itulah, bila kita tulis baru kita nampak.

(3)

Bila peraturan siap ditulis dan disetujui ibu dan bapa. Kumpulkan anak-anak untuk kita bagitahu pada mereka berkenaan peraturan tersebut. Buatlah gaya ala-ala pengumuman di sekolah.

Dan kalau kita perasan, anak kita sama je suasana di sekolah dengan rumah cumanya di sekolah, anak kita lebih berdisiplin kerana ada peraturan bertulis.

Dan di rumah kurangnya penerapan peraturan berbentuk maklumat dan bertulis seperti yang ada di sekolah. Dan jadikan perkumpulan keluarga bersama anak-anak itu sebagai sesi khas dalam satu-satu tempoh, contohnya sebulan sekali.

Dan bukan semua peraturan kita kena bentang pada anak-anak. Terang sedikit demi sedikit supaya apa yang kita sampaikan dapat difahami. Ini dinamakan ‘tadarruj’ iaitu berperingkat-peringkat.

Dan yang paling penting, perlu ada tempoh bagi anak-anak untuk mematuhi disiplin yang ibu bapa cuba terapkan di rumah. Contohnya, dalam masa seminggu awal 3 disiplin sudah mencukupiĀ  untuk anak patuh dan taat.

(4)

Perhatikan perubahan yang berlaku pada anak-anak kita walaupun ianya perubahan kecil. Kita jangan harapkan anak kita berubah sekelip mata selepas sesi berkumpul dan memberi tahu peraturan tempoh hari. Apa yang perlu kita buat, kita kena memerhati perubahan anak kita dari sehari ke sehari.

Dan sekiranya anak itu ada berubah ke arah kebaikan, kemungkinan besar disiplin yang kita terapkan itu boleh diterima dan sesuai dengan anak-anak kita. Dan jika kita perhati tiada perubahan atau ada perubahan negatif pada anak kita, boleh jadi ada benda kita terlepas pandang ataupun peraturan yang kita tetapkan tidak sesuai dengan persekitaran anak kita.

(5)

Ini khas untuk anak-anak kita jika kita sudah nampak perubahan positif dari mereka. Banyakkan menghargai dan beri penghargaan kepada mereka. Contohnya, banyakkan memuji mereka jika anak kita semakin rajin dan mendengar kata.

Kita kena tahu akan rangsangan yang disukai dan diperlukan manusia umumnya adalah dari aspek emosi. Kerana apa, kita sendiri secara dalamannya akan berasa dihargai dan diberi perhatian jika ada orang lain memuji hasil kerja kita. begitulah juga berlaku pada anak-anak kita. sebab itulah, banyakkan memuji anak-anak berbanding memarahi mereka.

(6)

Jika anak melanggar peraturan yang kita tetapkan dalam rumah. Jangan sesekali menghukum anak kita apabila mereka melanggar peraturan yang kita tidak tetapkan dan bagitahu pada mereka.

Kesilapan ibu bapa yang sering dilakukan adalah marah dan menghukum anak-anak bukan pada tempatnya. Contohnya marah tentang perkara yang tidak pernah diberitahu itu adalah satu kesalahan. Itu yang menyebabkan anak makin jauh dengan kita secara tak langsung.

Dan bila kita sebut hukuman, kita kena pastikan hukuman yang kita buat adalah bertujuan mendidik bukan mendera. Contoh hukuman mendera seperti memukul dengan objek, rotan, penyangkut baju, kayu dan sebagai.

Cara sebegini perlu diubah, kerana cara itu boleh mengganggu tumbesaran anak-anak dari aspek fizikal, mental dan emosi. Sebab itulah, kita perlu menghukum dengan cara mendidik, sebagai contoh denda baca buku 10 muka surat atau zikir ‘Astaghfirullah’ 100x, hafal satu hadis dan surah pendek dalam Alquran.

(7)

Selepas tamat tempoh peraturan yang telah kita tetapkan untuk anak-anak. Ambil masa, duduk berbincang sesama ibu bapa untuk upgrade dan perbaiki peraturan yang kurang sesuai dan mana-mana peraturan yang belum kita tetapkan sebelum ini.

Mungkin ada kita terlepas pandang peraturan di luar rumah yang perlu juga kita tetapkan untuk anak-anak kita. contohnya, disiplin ketika di rumah ibu mertua, disiplin di kedai makan, disiplin ketika ikut ke pejabat dan lain-lain lagi.

Dalam masa perjalanan ke kampung atau ke kedai makan, kita boleh bagitahu anak-anak kita apa yang perlu dipatuhi dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Dan tambah dengan ganjaran bagi anak-anak bila mereka ikut patuh, sebagai contoh dapat aiskrim atau pergi mandi air terjun hujung minggu. Dan jika sebaliknya, berilah hukuman mendidik sebagai peringatan apa yang mereka buat itu satu kesalahan.

Terima kasih kepada anda kerana berjaya menghabiskan bacaan pada minggu ini berkenaan ebook Teknik Mudah Mendisiplinkan Anak Remaja.

Semoga bermanfaat pada anda dan jangan lupa sebarkan pada orang lain ya!

Nantikan perkongsian saya yang seterusnya pada masa akan datang. Terima kasih.

Author tapowa

More posts by tapowa

Leave a Reply