BUDAK TAHFIZ TEGUR CHE MAT

By September 19, 2018Tips Parenting

BUDAK TAHFIZ TEGUR CHE MAT!

Keluar saja dari tandas masjid, tetiba adik-adik berjubah putih, berserban lilit kepala tegur..

“Eh Che Mat?” muka mereka terkejut.

Tetiba aku ada kat Kota Kinabalu kot…

Mereka datang salam dan cium tangan.

Muka masing-masing teruja.

Dipanggilnya kawan-kawan yang lain, mereka pun salam aku berjemaah.

“Apa khabar semua?” aku menyapa.

“Sihat je Che Mat..” ada seorang menjawab.

“Ada kelas ke?”

“Ya.. Sekejap lagi ada kelas..” diorang kata.

“Dah berapa juzuk hafal dah?” aku cuba menjadi lebih ramah. Hehehe..

“Saya dah 26 juzuk”

“Saya baru 1 juzuk”

“Saya dah dua juzuk”

“Saya baru separuh juzuk..”

Jawab mereka seorang demi seorang.

Alhamdulillah..

Akhlak mereka baik.

Muka mereka manis.

Tahniah ibu bapa yang hantar anaknya ke pengajian Tahfiz.

Adik-adik contohi mereka.

Jumpa cikgu kat luar jangan lari.

Jumpa cikgu kat shoping complex jangan lari.

Jumpa cikgu kat pasar malam jangan lari.

Pergi kejar cikgu.

Pergi salam.

Kenalkan diri.

Walaupun cikgu tak kenal.

Walaupun kita tak punya apa.

Walaupun mungkin kamu sedang pegang rokok waktu tu, pergilah kejar cikgu tu. Padamkan sekejap api rokok tu. Muliakan guru.

Kalau kamu lari, lagi cikgu kenal siapa kamu.

Jangan elak tembung.

Jangan kalih muka.

Jumpa lah guru walau di mana terserempak.

Ada masa, pergilah sekolah semula melawat guru yang sedang di sekolah. Bawakan hadiah.

Cikgu bukan nak lihat kamu jadi apa.

Cikgu suka kamu sebab kamu ingat cikgu.

Kamu tak lupa cikgu.

Jika cikgu yang mendidik 5 atau 6 tahun kamu lupa, apatah lagi ibu ayah yang membesarkan kamu berbelas-belas tahun.

Terima kasih tegur Che Mat adik-adik tahfiz.

Terharu.

😊😊😊

Author tapowa

More posts by tapowa

Leave a Reply