Kenapa ibu bapa mesti ingatkan anak remaja tentang kematian dan kiamat?

By Mei 29, 2019Motivasi Diri

1. Kematian boleh datang tiba-tiba dan bila-bila masa. Begitu juga kiamat. Tanda tanda sudah banyak.

 

2. Masa berlalu sangat laju tanpa kita sedar. Tiba tiba anak dah besar. Tiba tiba kita dah tua. Sama ada kita pergi dulu atau anak pergi dulu, yang penting kematian dan kiamat tidak menunggu kita.

 

3. Anak remaja hari ini ramai yang hanyut dan jauh dari cara hidup Islam. Berseronok dan hiburan menjadi kehidupan.

 

4. Kesibukan ibu bapa mencari rezeki sehingga kadangkala terlupa mengisi jiwa anak-anak dengan peringatan akhir zaman.

 

5. Memberi peringatan akan hari kiamat dan hari kemudian merupakan antara kerja besar para Nabi dan Rasul. Bila manusia tidak ingat kiamat, manusia lalai dan jauh dari Islam

Firman Allah

“Telah dekat datangnya saat itu (hari kiamat) dan telah terbelahnya bulan”

Surah Al Qamar, ayat 1.

Author tapowa

More posts by tapowa

Leave a Reply