3 Idea Buat Minuman Penyejuk Badan di Rumah

By March 20, 2019resepi

Fuhhh panas betul cuaca sekarang,

kering je tekak rasa,

maklumlah kalau cuaca panas ni,

ade je idea nak buat minuman bagi sejuk tekak dan badan

 

memang syok dapat minum air yang boleh menyejuk dan segarkan badan.

Baru lah nikmatt

 

Nahh resepi air yang korang boleh cuba di rumah,

Memang terbaikk untuk musim panas ni

1. Jus Oren Selasih Pudina

Bahan-bahan

2 biji buah oren(ambil jus sahaja)

3 gelas air mineral

4 sudu makan gula pasir

1 sudu besar biji selasih yang telah direndam

10 helai daun pudina

Ais secukupnya

 

Caranya

1.masukkan jus oren ke dalam jag bersama gula dan air mineral

2.kacau rata hingga gula larut

3.masukkan biji selasih, daun pudina dan ais. Kacau lagi.

4.boleh masukkan potongan buah oren juga untuk hiasan.

2. Lai Chi Kang

Bahan-bahan

Biji kembang semangkuk (rendam dulu 3 jam)

Katira (rendam 3 jam)

Longan kering (rendam 5 minit)

Biji selasih (rendam 5 minit)

Kacang tanah (sangai)

Buah laici

Buah kundur kering

Barli (rebus dulu)

Cincau

Buah Lo Han Ko

Daun pandan

Kurma merah cina

Gula batu

Caranya

1.rebus air bersama daun pandan, buah Lo Han Ko dan gula batu.

2.bila sudah menggelegak masukkan kurma merah cina dan longan kering, biarkan seketika.

3.dah siap,senduk kedalam jag atau mangkuk, dan isikan bahan-bahan lain bila hendak minum dan tambah ais kalau nak sejuk.

3.Air Cincau Laici

Bahan2

Cincau secukupnya

1 tin laici

Air secukupnya

Gula secukup rasa

Ais kiub (jika suka)

 

Cara menyediakan

Larutkan gula dengan air di dalam jag yg sesuai.  Tambah setin laici bersama jusnya sekali. Potong cincau ikut citarasa bentuknya & campurkan sekali dalam jag tadi. Tambah kiub ais jika suka.  Biarkan seketika & bolehlah dihidangkan.

 

Mudah je kan, boleh sangat ni kalau nak buat untuk suami dan anak-anak.

Memang menyegarkan tau!

 

Selamat mencuba.

 

Kredit : Majalah Rasa