Idea Bekal Anak Ke Sekolah

By Mac 21, 2019resepi, Tips Parenting

Kadang-kadang memang buntu bila fikirkan apa lagi menu yang boleh anak bawa ke sekolah,

kalau sama je, bosan pulak anak-anak nanti.

 

Jangan risau, nah resepi yang mudah dan enak untuk ibu-ibu cuba,

Gerenti jadi dan anak suka terukss hehe

Makaroni Bakar Berkeju

Bahan:

250g makaroni (rebus dan tos)

100g daging kisar

1 biji tomato (buang biji dan dadu kecil)

150g parutan keju mozarella

1tbs serbuk oregano

4tbs sos bolognese

2tbs sos cili

2 ulas bawang putih (cincang halus)

½ biji bawang holland (cincang halus)

3tsb mentega

Garam dan gula secukup rasa

 

Bahan sampingan:

Buah epal

Tomato ceri

Salad

 

Caranya:

1.panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.

2.masukkan daging kisar dan kacau hingga daging bertukar warna.

3.seterusnya masukkan sos bolognese dan sos cili

4.kacau rata kemudian masukkan makaroni dan tomato yang didadu halus

5.perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6.tutup api.

7.panaskan ketuhar pada suhu 200C

8.masukkan makaroni dalam aluminium foil cup

9.taburkan parutan keju dan oregano diatasnya.

10.bakar dalam lebih kurang 15min

11.setelah siap hidangkan bersama buah epal,salad dan ceri tomato dalam bekas/tupperware.

12.dah siap, boleh bawa ke sekolah.

Tortilla Gulung Bertelur dan Bebola Daging Lada Hitam

Bahan Tortilla Gulung:

2 keping tortilla

2-3 biji telur

2 sudu makan mayones

1 sudu teh lada hitam

secubit garam

 

Bahan Bebola Daging Lada Hitam:

6-8 biji bebola daging

2 sudu makan sos lada hitam kasar

1 sudu makan sos tiram

1 sudu makan sos cili

1 sudu teh serbuk lada hitam kasar

1/2 cawan air

1 ulas bawang putih (cincang halus)

2 ulas bawang merah (cincang halus)

garam secukup rasa

3 sudu makan mentega

 

Cara Penyedian:

1.Untuk sediakan tortila gulung, panaskan kuali non stick.

2.Panaskan tortila seketika dan ketepikan

3.Gunakan kuali yang sama, pecahkan telur kedalamnya

4.Kacau dan jadikan telur hancur, angkat dan masukkan dalam mangkuk.

5.Campurkan bersama mayones, serbuk lada hitam dan garam.

6.Gaul rata dan ketepikan.

7.Ambil kepingan tortila tadi, sapukan telur di atas tortilla dan gulungkan.

8.Untuk menyediakan bebola daging, panaskan mentega dalam kuali, goreng bebola daging hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.

9.Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang putih dan merah hingga wangi, kemudian masukkan semua bahan sos dan air.

10.Kacau rata hingga kuah pekat, perasakan dengan sedikit garam.

11.Akhir sekali masukkan bebola daging dan serbuk lada hitam.

12.Gaul rata kemudian tutup api.

13.Susun tortilla gulung dalam bekas bekal diikuti dengan bebola daging serta bahan sampingan seperti jagung rebus, salad dan tomato.

14. Dah siap untuk bekal ke sekolah.

 

 

Mudah bukan?

Maka gembiralah si anak apabila ibu menghulurkan bekal padanya.

Bertambahlah kasing sayang pada si ibu hehehe.

 

Selamat mencuba.