GEMPAR – REMAJA NYARIS BUNUH DIRI KERANA CINTA DITOLAK

By March 13, 2019Berita Semasa

Hari ini admin terkejut selepas viral kisah anak remaja berusia 13 tahun melakukan cubaan bunuh diri selepas cintanya ditolak oleh seorang perempuan.

Astro Awani melaporkan :

“Pihak Bomba mengesahkan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut sekitar pukul 1:12 tengah hari. Menurut komander operasi, setibanya jentera di lokasi didapati benar berlaku cubaan membunuh diri oleh seorang pelajar sekolah dan mangsa telah berjaya dipujuk serta diselamatkan oleh pihak Agensi Pertahanan Awam yang telah sampai terlebih dahulu”

Cubaan terjun

Tiba-tiba admin rasa simpati dan kasihan pada adik remaja ini. Walaupun rata-rata netizen mengecam perbuatannya, namun ia bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah. Kita tidak tahu bagaimana latar belakang family adik ini. Tahap setiap individu menghadapi tekanan adalah berbeza-beza bergantung pada ilmu, pengalaman, dan persekitaran. Kita tak tahu bagaimana perasaan yang dialami adik ini. Dilema alam percintaan adalah satu benda yang sangat kritikal untuk anak remaja.

Mujur murid itu berjaya diselamatkan setelah dipujuk hampir setengah jam. Anak ini hanya mengalami cedera ringan di lengan semasa aktiviti menyelamatkan dijalankan.

Laporan berita menyebut :

“Siasatan mendapati pelajar ini mengaku cuba untuk bunuh diri kerana kecewa dengan seorang pelajar perempuan lain sebaya dengannya. Mangsa dikatakan telah berjumpa dengan pelajar perempuan terbabit semalam untuk meluahkan perasaan cintanya tetapi ditolak. Pelajar perempuan itu memberi alasan tidak meminati mangsa dan lebih menyukai seorang pelajar lelaki lain. Ekoran penolakan cinta, mangsa berasa putus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri,”

Jadi, apa pesanan admin pada semua ibu bapa?

  1. Jadilah kawan baik pada anak remaja anda. Dengar cerita mereka, berkongsi pengalaman dengan mereka. Sehinggakan anak remaja akan mencari ibu bapa apabila mempunyai masalah
  2. Ajarkan anak-anak ilmu psikologi remaja, kerana apabila remaja akan berlakunya perubahan fisiologi. Fizikalnya akan mula menyerupai orang dewasa dan secara tidak lansung perasaan ingin hidup berpasangan telah ada. Jika tidak dikawal boleh membawa kepada perbuatan zina. Jika ditahan tanpa cara yang betul boleh membawa kepada kes bunuh diri.
  3. Penuhkan aktiviti anak remaja anda dengan kegiatan berfaedah sehingga masa mereka disibukkan dengan amal soleh. Dan jangan lup pantau siapa kawan mereka. Wallahuaklam.

Sekian melaporkan.

*Mahu mengisi masa cuti sekolah anak anda dengan aktiviti berfaedah? Hantar ke Seminar Tapow A. Hubungi 0136636969