Didikan Anak Melalui Kaedah Islam

By July 12, 2019Tips Parenting

Ada parent tanya saya, apakah kaedah pendidikan dalam Islam ni semuanya lembut sahaja? Kena puji, kena senyum, kena bagi penghargaan, cakap lemah lembut. Tidakkah perkara ini akan membuatkan anak naik lemak? Apakah tiada kekerasan dalam didikan Islam?

 

Jawapan saya :

1. Puji, senyum, lemah lembut, memberi penghargaan adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Sangat banyak hadis sahih yang menceritakan keperibadian Nabi dalam mendidik. Maka, janganlah merasa kekok dan berat untuk melakukan perkara tersebut.

 

2. Apakah anak tidak naik lemak? Tuan puan, anak naik lemak bukan sebab kita berlembut. Mereka akan naik lemak jika :

– kita manjakan tanpa batas
– semua benda anak nak kita bagi
– anak baru nangis sekejap kita diamkan dengan jajan, gula, handset, youtube, game
– anak buat salah kita tak tegur
– anak buat baik kita diam tak puji, tapi bila dia buat salah laju je mulut kita marah-marah
– kita berjanji tapi tak tunaikan
– kita tak layan bila mereka berkomunikasi
– kita nak anak dengar cakap kita sahaja tapi kita lansung tak mahu memahami isi hati mereka

 

Ha.. Itulah yang buat anak jadi naik lemak, degil dan tak makan saman.

 

3. Apakah dalam Islam ada kekerasan? Ya, ada, dalam Islam ada kekerasan. Tapi setelah lembut diberikan banyak kali. Setelah peringatan diberikan. Nabi izinkan kita merotan anak yang dah umur 10 tahun tapi masih tak solat.

Tapi ingat, Nabi suruh kita juga jalankan pendidikan solat sejak umur 7 tahun. Dan kekerasan dalam Islam ada batasan. Yang menjadi masalahnya, sikit-sikit rotan, sikit-sikit marah, sikit-sikit tengking. Ini tak betul.

 

Wallahuaklam.