Ibu Bapa Boleh Sampaikan Cerita Ini Pada Anak Supaya Anak Menjadi Lembut Dan Dengar Kata

By June 25, 2019Tips Parenting

Pernah satu ketika Aisyah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila aku tengah berjalan-jalan di dalam syurga, tiba-tiba aku mendengar suara seseorang tengah membaca Al-Quran. Aku lalu bertanya, “Siapakah orang itu?”

Maka Malaikat menjawab, “Dia adalah Harithah bin Nu’man”

Nabi SAW lalu bersabda, “Itulah balasan berbakti. Itulah balasan berbakti. Itulah balasan berbakti kepada ibunya.'”

(Diriwayatkan oleh Abu Ya’la no.4425)

 

Pengajaran :

1. Harithah bin Nu’man seorang yang suka berbakti pada ibunya. 

2. Ucapan Nabi SAW ini disampaikan semasa Harithah bin Nu’man masih hidup kerana beliau wafat pada zaman Muawiyah bin Abi Sufyan. Jadi beliau telah dijamin masuk syurga sebelum meninggal dunia lagi.

3. Berbakti kepada ibu bapa merupakan amalan yang membantu masuk ke dalam syurga Allah di akhirat nanti