3 TEKNIK MENGURANGKAN KETAGIHAN GAJET PADA ANAK

By | Tips Parenting | No Comments

3 TEKNIK MENGURANGKAN KETAGIHAN GAJET PADA ANAK

PENDAHULUAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah di atas kesempatan masa yang diberikan kepada saya untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang juga datang daripada-NYA yang Maha Mengetahui.

Sebenarnya ebook ini ditulis setelah saya melalui dunia pembangunan manusia selama lebih dari 7 tahun. Dan alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang tempoh tersebut.

Buat pengetahuan semua, saya biasa berdepan dengan ibu bapa yang ada masalah anak-anak mereka tentang gejala ketagihan gajet yang semakin hari semakin membimbangkan ibu bapa kerana banyak terdedah kepada pengaruh dunia luar.

Penggunaan gajet terdapat kebaikan dan keburukannya. Jika kita menggunakan gajet dengan berdisiplin, kita akan dapat mengawal diri kita daripada ketagihan untuk menggunakannya.

Tetapi jika kita obses untuk menggunakannya, ini yang akan menyebabkan kita ketagih untuk menggunakan gajet.

Maka, penerbitan Ebook: Teknik Mengurangkan Ketagihan Gajet Pada Anak-Anak ini merupakan buah tangan daripada pihak Alaf Training kepada anda.

Dan ebook ini juga merupakan teknik yang berkesan yang boleh kita amalkan agar gejala ketagihan gajet ini dapat dikurangkan. Insyaallah.

Dan di peringkat saya tidak boleh menjanjikan apa-apa yang lebih baik melainkan kita usaha terlebih dahulu bagi membendung gejala ini daripada berleluasa. Semua hasil serahkan kepada yang berhak menilai iaitu Allah SWT.

Dan harapan pihak saya semestinya lebih daripada itu agar ilmu ini diamalkan bersama dan disebarluaskan kepada orang lain. Kerana sepanjang saya berceramah, manfaat ilmu itu tidak berkembang.

Hanya yang sempat mendengar ceramah sahaja mendapat manfaat. Oleh sebab itu, saya merasakan cara yang terbaik adalah dengan membukukan ilmu ini melalui penulisan.

Insyaallah. Semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Amin.

 

1) UNDANG-UNDANG PENGGUNAAN GAJET

 

 Ibu bapa sekalian, point pertama saya ialah membuat undang-undang tentang penggunaan gajet. Antara ciri-ciri undang-undang yang boleh kita buat ialah:

  1. Secara bertulis. Ini kerana undang-undang bertulis lebih kuat dan jelas.
  2. Undang-undang yang dibuat mestilah dipatuhi.
  3. Undang-undang juga menuntut komitmen ibu bapa untuk mematuhinya bersama agar anak-anak berasa adil tentang perlaksanaan undang-undang tersebut.

Contoh undang-undang yang boleh dilaksanakan ialah:

  • Anak-anak tidak boleh tidur bersama dengan gajet pada waktu malam.

Anak-anak mesti serahkan gajet sebelum tidur kepada ibu bapa atau simpankan dalam bakul khas. Dan pada keesokan paginya akan diserahkan semula gajet tersebut.

Kaedah ini dapat menyelamatkan anak-anak daripada terus leka menggunakan gajet kerana ibu bapa tidak boleh mengawal anak-anak sebelum tidur.

Jika kita tidak ambil gajet anak-anak, kita seolah memberi peluang kepada mereka untuk terus menggunakan gajet sebelum tidur.

  •  Ibu bapa juga diharamkan untuk menggunakan gajet ketika bersama anak-anak.

Kita hanya boleh menggunakan gajet setelah anak-anak tidur atau ketika waktu kerja. Ibu bapa mestilah mencuba untuk mengelakkan daripada menyentuh gajet lebih-lebih lagi apabila anak pulang dari sekolah dan meluangkan masa tersebut bersama anak-anak.

  • Maklumkan pada anak-anak bahawa gajet adalah bahan larangan dan bukannya boleh digunakan sepanjang masa dan di mana sahaja.

Ini bermakna jika anak-anak hendak menggunakannya, mereka perlulah meminta izin terlebih dahulu daripada ibu bapa. Jika anak-anak tidak meminta izin, ibu bapa mesti menggunakan kuasanya untuk merampas gajet tersebut.

  • Tetapkan masa penggunaan gajet untuk anak-anak. Sebagai contoh, anak-anak hanya boleh menggunakan gajet pada hujung minggu pada jam 2-3 dan 9-10.

Ibu bapa tidak boleh menghalang terus anak-anak daripada menggunakan gajet tetapi mereka masih boleh mengawal anak-anak daripada ketagihan menggunakan gajet kerana anak-anak juga ingin bermain facebook bersama rakan-rakan.

  • Penggunaan gajet hanya di hadapan ibu bapa dan sentiasa dalam pengawasan ibu bapa supaya ibu bapa dapat memerhati setiap pergerakan anak-anak. Anak-anak tidak boleh bermain telefon di dalam bilik.
  • Ibu bapa boleh buka gajet anak-anak pada bila-bila masa.

Bagi anak-anak yang ketagih untuk menggunakan gajet, undang-undang ini mungkin menjadi kejutan budaya dan sukar untuk diikuti.

Jadi Ibu bapa seharusnya memberi satu tempoh masa sebelum undang-undang ini diperkenalkan agar mereka dapat menerima dan seterusnya mematuhi undang-undang ini.

2) ALIHKAN PERHATIAN

 

Ibu bapa boleh alihkan perhatian anak-anak daripada menggunakan gajet kepada:

  • Bermain permainan seperti robot, lego, puzzle, pensel warna bagi kanak-kanak.
  • Bagi remaja pula, ibu bapa boleh sediakan permainan yang bersesuaian dengan remaja dan bermain bersama-sama mereka seperti Saidina, Cashflow, Sahiba, Carrom, Uno, Monopoly, buku-buku cerita ataupun Ilmiah.

Kelebihan mainan-mainan ini ialah dapat mengasah minda anak-anak, cara berfikir, meningkatkan kemahiran membuat keputusan dan boleh membantu kemahiran bersosial.

 

  • Membawa anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar seperti berjoging, berenang, berbasikal, mendaki bukit, memancing, pergi ke gym, bermain skateboard atau rollerblade.

Kelebihan aktiviti-aktiviti luar ini ialah lebih fizikal, dapat merangsang psikomotor dan minda anak-anak dan dapat membantu anak untuk bersosial.  Ibu bapa juga boleh mengadakan usrah bersama anak-anak. 

3) SEDIAKAN GANJARAN/HUKUMAN

 

Dan akhir sekali ialah ibu bapa boleh sediakan ganjaran kepada anak-anak jika mereka mematuhi undang-undang dan kenakan hukuman pada mereka jika mereka melanggari undang-undang tentang penggunaan gajet.

Contoh ganjaran kepada anak-anak sekiranya mematuhi undang-undang: membawa anak-anak pergi bersiar-siar atau pergi makan. Jika anak-anak ingin mendapatkan ganjaran tersebut, mereka mestilah mematuhi peraturan barulah mereka akan mendapat ganjaran tersebut.

Hukuman kepada anak-anak sekiranya melanggari undang-undang:

  1. Ibu bapa perlulah mengetatkan lagi undang-undang seperti mengehadkan lagi tempoh penggunaan gajet.
  2. Ibu bapa juga boleh mengambil gajet anak-anak
  3. Kenakan penalti pada mereka seperti tidak boleh menggunakan gajet dalam tempoh dua hari.
  4. Hukuman juga boleh bersifat kerohanian seperti berzikir, membaca al-Quran.

Ibu bapa mestilah tegas dalam perlaksanaan undang-undang, maknanya anak-anak mestilah mempraktikkan undang-undang tersebut di mana-mana sahaja mereka berada.

Terdapat dalam kalangan ibu bapa yang tidak tegas dalam perlaksanaan undang-undang seperti undang-undang pada waktu tidur anak-anak kebiasaannya ialah pada jam 10.30 malam akan tetapi apabila pulang ke kampung, semuanya tidur pada jam 1 pagi.

Hal ini yang menyebabkan anak-anak tidak patuhi pada undang-undang kerana ibu bapa tidak tegas dalam mempraktikkan undang-undang di mana sahaja mereka berada.

Terima kasih kepada anda kerana membaca penulisan ini. Moga ianya bermanfaat kepada anda dan jangan lupa kongsikan tips ini pada yg lain. Nantikan perkongsian saya yg seterusnya. 

3 “MAKANAN” YANG BANTU ANAK CEMERLANG

By | Tips Parenting | One Comment

3 “MAKANAN” YANG BANTU ANAK CEMERLANG

 PENDAHULUAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah di atas kesempatan masa yang diberikan kepada saya untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang juga datang daripada-NYA yang Maha Mengetahui.

Terima kasih tuan puan kerana sudi meluangkan masa untuk membaca ebook pada kali ini. Saya Che Mat, inspirator pelajar daripada syarikat Alaf Training penganjur seminar Tapow A. Kami akan berusaha sehabis baik bagaimana ingin membantu anak-anak tuan untuk menjadi pelajar yang soleh dan cemerlang.

Alhamdulillah, dalam ebook kali ni, saya nak kongsi 3 ‘makanan’ yang baik yang boleh membantu anak-anak untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan dapat membantu anak anak untuk lebih mudah fokus dalam kelas dan pelajaran.

1) MAKANAN JASAD

Makanan untuk jasad sangat penting kerana makanan untuk jasad inilah yang akan membentuk akal, emosi, dan hati anak-anak. Makanan yang baik dapat membentuk peribadi yang baik.

Merujuk kepada pakar pemakanan, anak yang tidak baik sebenarnya disebabkan oleh pengambilan makanannya yang tidak seimbang dan tidak baik bukannya disebabkan anak itu yg tidak baik.

Tanda-tanda anak mendapat makanan yang tidak baik ialah kita boleh lihat pada najis mereka. Ini melambangkan jenis makanan yg ibu bapa berikan pada mereka.

Kesan pengambilan makanan yg tidak seimbang ialah: akan membentuk karakter anak-anak yg mudah menangis, meragam dan mengamuk. Jadi, ibu bapa mestilah membantu anak-anak untuk memberi makanan yg sihat.

Contoh makanan yang tidak baik yg harus dielakkan: makanan segera, makanan yg mengandungi msg, minuman bergas, makanan yg manis. Semua makanan ini tidak baik untuk membentuk intelektual anak-anak.

Makanan yang boleh diambil oleh anak-anak ialah: makanan sunah iaitu makanan yang baik lagi halal. Contoh makanan yg baik dan sihat yg ibu bapa boleh bekalkan kepada anak-anak supaya jasadnya semakin baik ialah:

  • Kurma: dapat membekalkan tenaga kepada anak-anak untuk berfikir.
  • Madu: makanan yg baik dan dapat membekalkan tenaga dan menyihatkan tubuh badan anak kita dan membantu anak-anak untuk fokus dalam pelajaran.
  • Susu: dapat menguatkan tulang dan membekalkan kalsium.
  • Makanan-makanan protein seperti kambing dan ayam.
  • Roti: dapat membekalkan karbohidrat.

2) MAKANAN AKAL

 

Anak-anak mesti tahu dan belajar kaedah-kaedah belajar yang betul barulah mereka boleh menjadi pelajar yang cemerlang.

Cara untuk membina akal anak-anak ialah dengan mempelajari kaedah belajar yang betul. Jenis kaedah belajar ialah:

  1. Teknik Belajar Berdasarkan Kaedah NLP
  2. Teknik Belajar Otak Kanan Dan Kiri
  3. Teknik Belajar Straight A
  4. Teknik Menghafal Yang Betul
  5. Teknik Menulis Nota Yang Betul
  6. Cara Membaca Yang Betul

Jika anak-anak tidak belajar kaedah-kaedah belajar yang betul, mereka sebenarnya tidak menggunakan akal secara optimum.

Oleh sebab itu, ada kalangan pelajar yang belajar bersungguh-sungguh namun hasilnya kurang memuaskan. Ini mungkin disebabkan kaedah belajar mereka tidak tepat dan perlu diperbaiki lagi.

Kaedah belajar yang betul dapat meningkatkan prestasi akademik anak-anak dan meningkatkan penggunaan akal mereka.

3) MAKANAN HATI

 

Makanan untuk hati amat penting untuk dijaga agar hati anak-anak sentiasa tenang, lapang, bersyukur, bersabar. Jika hati anak dalam keadaan baik, inshaAllah kehidupan mereka akan berasa lapang. Anak-anak mesti belajar:

1) Makna Kehidupan Mereka.

2) Makna Belajar Yang Betul.

Maknanya, belajar bukanlah kerana exam, ibu bapa, sekolah, dan apabila disuruh oleh cikgu semata-mata ataupun bukan kerana untuk mendapat straight A semata-mata.

Anak-anak mesti ada makna belajar yg betul:

Anak-anak mesti ada makanan untuk hati mereka untuk mengetahui makna kehidupan yg sebenar dan makna belajar yg betul. Makanan yang baik untuk hati sangat penting supaya apabila anak-anak ada masalah, hati mereka akan tenang dan lapang.

Alhamdulillah, setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Terima kasih kepada anda kerana membaca sehingga habis. Harapan saya agar perkongsian ini bermanfaat dan disebarluaskan kepada yang lain. Jangan lupa nantikan perkongsian saya yg seterusnya. Terima kasih.

TEKNIK MUDAH MENDISIPLINKAN ANAK

By | Tips Parenting | No Comments

TEKNIK MUDAH MENDISIPLINKAN ANAK

Topik yang saya nak sentuh pada kali ini adalah berkaitan dengan Tips Mudah Bagaimana Mendisiplinkan Anak-anak. Masalah ibu bapa hari ini mereka susah untuk memberi arahan kepada anak-anak. Ibu bapa ada masalah untuk berkomunikasi dengan anak-anak.

Ini kerana anak-anak mereka susah mendengar kata, anak mereka suka melawan kata, dan anak-anak tidak mahu ikut apa suruhan kita. Sebab itu saya ambil peluang dan ruang ini nak berkongsi bagaimana cara untuk ibu bapa mendisiplinkan anak-anak.

Sekian,

Che Mat

(1)

Pertama sekali, ibu bapa kena berbincang sesama mereka apa disiplin yang nak anak-anak mereka ikut. Contohnya disiplin setiap awal pagi, anak-anak kena bangun pukul berapa, bangun tidur kena buat apa. Disiplin waktu malam contohnya anak-anak kena tidur jam berapa, anak-anak last boleh tengok tv jam berapa dan apa jua disiplin yang berkaitan. Semua ini kena bincang dan kena tentukan.

Kesilapan yang selalu kita lihat adalah tiada perbincangan sesama ibu bapa. Ibu nak terapkan disiplin  bercanggah dengan kemahuan bapa yang nakkan sebaliknya. Dan disebabkan inilah ibu bapa menjadi stress.

Sedar tak sedar, anak-anak ni buat kesilapan yang sama dan berulang-ulang hampir setiap hari. Contohnya bangun lewat, lambat mandi, tak kemas bilik tidur dan itu memang kebiasaan bagi mereka.

Oleh itu, ibu bapa perlu berbincang teknik ataupun cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

(2)

Undang-undang ada dua iaitu undang-undang bertulis dan undang-undang tidak  bertulis. Yang mana paling kuat antara dua? Sudah tentu undang-undang bertulis. Sebab itu, ibu bapa kena terapkan peraturan yang ditulis dalam keluarga.

Dan jangan buat mana-mana peraturan yang tidak bertulis. Contohnya, kita nak masa makan semua orang kena ada, jangan makan depan televisyen, waktu maghrib dilarang tengok televisyen. Jadi, peraturan itu perlu ditulis supaya semua ahli keluarga akan ambil perhatian.

Sama la seperti ibu bapa kita masa kita kecik-kecik dulu, selalu peringatkan kita tentang perkara yang sama berulang-ulang kali. Kerana ibu bapa kita dulu tidak tulis dan itulah menyebabkan mereka terpaksa mengulang-ulang ingatkan kita.

Disebabkan kita tak nak stress bila balik kerja cakap perkara yang sama, marah benda yang sama. So, segala peraturan yang kita nak anak kita ikut dan segala peraturan yang kita taknak anak kita buat, kita kena tulis.

Sebenarnya kita stress, marah, penat dan letih dengan kesalahan yang sama dari anak-anak kita. padahal kesalahan yang dibuat bukan banyak seperti yang kita fikirkan. Percayalah, kebaikan dan kelebihan yang ada pada anak lebih banyak dari kesalahan mereka. Sebab itulah, bila kita tulis baru kita nampak.

(3)

Bila peraturan siap ditulis dan disetujui ibu dan bapa. Kumpulkan anak-anak untuk kita bagitahu pada mereka berkenaan peraturan tersebut. Buatlah gaya ala-ala pengumuman di sekolah.

Dan kalau kita perasan, anak kita sama je suasana di sekolah dengan rumah cumanya di sekolah, anak kita lebih berdisiplin kerana ada peraturan bertulis.

Dan di rumah kurangnya penerapan peraturan berbentuk maklumat dan bertulis seperti yang ada di sekolah. Dan jadikan perkumpulan keluarga bersama anak-anak itu sebagai sesi khas dalam satu-satu tempoh, contohnya sebulan sekali.

Dan bukan semua peraturan kita kena bentang pada anak-anak. Terang sedikit demi sedikit supaya apa yang kita sampaikan dapat difahami. Ini dinamakan ‘tadarruj’ iaitu berperingkat-peringkat.

Dan yang paling penting, perlu ada tempoh bagi anak-anak untuk mematuhi disiplin yang ibu bapa cuba terapkan di rumah. Contohnya, dalam masa seminggu awal 3 disiplin sudah mencukupi  untuk anak patuh dan taat.

(4)

Perhatikan perubahan yang berlaku pada anak-anak kita walaupun ianya perubahan kecil. Kita jangan harapkan anak kita berubah sekelip mata selepas sesi berkumpul dan memberi tahu peraturan tempoh hari. Apa yang perlu kita buat, kita kena memerhati perubahan anak kita dari sehari ke sehari.

Dan sekiranya anak itu ada berubah ke arah kebaikan, kemungkinan besar disiplin yang kita terapkan itu boleh diterima dan sesuai dengan anak-anak kita. Dan jika kita perhati tiada perubahan atau ada perubahan negatif pada anak kita, boleh jadi ada benda kita terlepas pandang ataupun peraturan yang kita tetapkan tidak sesuai dengan persekitaran anak kita.

(5)

Ini khas untuk anak-anak kita jika kita sudah nampak perubahan positif dari mereka. Banyakkan menghargai dan beri penghargaan kepada mereka. Contohnya, banyakkan memuji mereka jika anak kita semakin rajin dan mendengar kata.

Kita kena tahu akan rangsangan yang disukai dan diperlukan manusia umumnya adalah dari aspek emosi. Kerana apa, kita sendiri secara dalamannya akan berasa dihargai dan diberi perhatian jika ada orang lain memuji hasil kerja kita. begitulah juga berlaku pada anak-anak kita. sebab itulah, banyakkan memuji anak-anak berbanding memarahi mereka.

(6)

Jika anak melanggar peraturan yang kita tetapkan dalam rumah. Jangan sesekali menghukum anak kita apabila mereka melanggar peraturan yang kita tidak tetapkan dan bagitahu pada mereka.

Kesilapan ibu bapa yang sering dilakukan adalah marah dan menghukum anak-anak bukan pada tempatnya. Contohnya marah tentang perkara yang tidak pernah diberitahu itu adalah satu kesalahan. Itu yang menyebabkan anak makin jauh dengan kita secara tak langsung.

Dan bila kita sebut hukuman, kita kena pastikan hukuman yang kita buat adalah bertujuan mendidik bukan mendera. Contoh hukuman mendera seperti memukul dengan objek, rotan, penyangkut baju, kayu dan sebagai.

Cara sebegini perlu diubah, kerana cara itu boleh mengganggu tumbesaran anak-anak dari aspek fizikal, mental dan emosi. Sebab itulah, kita perlu menghukum dengan cara mendidik, sebagai contoh denda baca buku 10 muka surat atau zikir ‘Astaghfirullah’ 100x, hafal satu hadis dan surah pendek dalam Alquran.

(7)

Selepas tamat tempoh peraturan yang telah kita tetapkan untuk anak-anak. Ambil masa, duduk berbincang sesama ibu bapa untuk upgrade dan perbaiki peraturan yang kurang sesuai dan mana-mana peraturan yang belum kita tetapkan sebelum ini.

Mungkin ada kita terlepas pandang peraturan di luar rumah yang perlu juga kita tetapkan untuk anak-anak kita. contohnya, disiplin ketika di rumah ibu mertua, disiplin di kedai makan, disiplin ketika ikut ke pejabat dan lain-lain lagi.

Dalam masa perjalanan ke kampung atau ke kedai makan, kita boleh bagitahu anak-anak kita apa yang perlu dipatuhi dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Dan tambah dengan ganjaran bagi anak-anak bila mereka ikut patuh, sebagai contoh dapat aiskrim atau pergi mandi air terjun hujung minggu. Dan jika sebaliknya, berilah hukuman mendidik sebagai peringatan apa yang mereka buat itu satu kesalahan.

Terima kasih kepada anda kerana berjaya menghabiskan bacaan pada minggu ini berkenaan ebook Teknik Mudah Mendisiplinkan Anak Remaja.

Semoga bermanfaat pada anda dan jangan lupa sebarkan pada orang lain ya!

Nantikan perkongsian saya yang seterusnya pada masa akan datang. Terima kasih.

5 DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK

By | Tips Parenting | No Comments

5 DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي  وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي  يَفْقَهُوا قَوْلِي

Nabi Musa berkata yang bermaksud : “Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”. (Surah Thoha : 25-28)

Doa ini Nabi Musa baca ketika ingin berhadapan dengan Firaun yang kejam dan menggelar dirinya tuhan.

Pertamanya, doa untuk melapangkan dada daripada rasa gerun dan bimbang dengan kekuasaan yang ada pada orang lain. Dan mudah untuk menerima taufiq dan hidayah Allah.

Keduanya, doa memohon dimudahkan segala urusan daripada awal sehingga akhir. Mudahkan urusan ke arah keredhaan dan mudahkan kesusahan yang ada.

Dan ketiga, nabi Musa berdoa untuk melancarkan tutur kata dalam menyampaikan dakwah.

Dan yang terakhir, doa memohon setiap apa perkataan yang keluar dari mulut mudah difahami oleh yang mendengar.

يَا مُقَلّبَ القُلُوْبَ , ثَبّتْ قَلْبِي عَلَي دِينِكَ وعلى طاعتك

Maksudnya : “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu.”

Dalilnya : Telah menceritakan kepada kami Hannad; telah menceritakan kepada kami Abu Mu’awiyah dari Al A’masy dari Abu Sufyan dari Anas dia berkata : Adalah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam terbiasa membaca doa “YA MUQALLIBAL QULUUB TSABBIT QALBII ‘ALAA DIINIKA (wahai Dzat yang membolak balikkan hati teguhkanlah hatiku berada di atas agamamu).” Kemudian aku pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang anda bawa. Lalu apakah anda masih khawatir kepada kami?” beliau menjawab: “Ya, kerana sesungguhnya hati manusia berada di antara dua genggaman tangan Allah yang Dia bolak-balikkan menurut yang dikehendaki-Nya.” (HR. At Tirmidzi No.2066)

Doa yang dibaca Rasulullah SAW setiap hari untuk memohon ketetapan hati dalam semua urusan agama dan ketaatan pada Allah. Ini kerana hati adalah pusat untuk melakukan kebaikan dan keburukan.

Jadinya, berdoalah untuk kekalkan hati kita untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيرَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Maksudnya : “Wahai Rabbku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan juga zuriat keturunanku . Wahai Rabb kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim ayat 40)

Doa ini dibacakan oleh Nabi Ibrahim semasa tiba di Mekah yang kering kontang dan tanpa tanaman bersama isteri baginda, Siti Hajar dan anaknya Ismail. Lalu baginda membaca doa tersebut untuk memberi pengajaran pada kita berkaitan :

1.Salah satu tanda hamba Allah Swt adalah berdoa kepada Allah Swt. Hal ini mengingatkan kita kepada kebesaran serta keagungan Allah dan penghambaan serta kehampaan manusia.

  1. Dalam doa kita harus memikirkan generasi terdahulu dan generasi mendatang yaitu anak dan keturunan kita.

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

“Wahai Rabbku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali-Imran ayat 38)

Doa ini dibacakan oleh Nabi Zakaria setelah baginda melihat dan menyaksikan kebesaran Allah terhadap Mariam yang diberikan rezeki oleh Allah walaupun duduk seharian dalam bilik untuk beribadah.

Atas asbab itu, baginda terdetik hati untuk memohon pada Allah untuk memiliki anak. Walaupun baginda tahu yang umurnya serta isterinya sudah lanjut dan isteri baginda pula mandul.

Namun, berkat munajat dan pengharapannya pada Allah, malaikat Jibril turun menyatakan khabar gembira bahawa Allah memperkenankan doa tersebut dengan kelahiran Yahya.

Ya latif adalah salah satu nama Allah yang mulia dalam asmaul husna. Banyak khasiat dalam membaca ayat ini.

Antaranya adalah zikir ini memang amat mudah meluruhkan hati-hati yang keras batu lagi ego.

Sesiapa yang mengamalkan zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Prof. Dr.Hamka dalam kitab tafsirnya, Tafsir al-Azhar, tentang Surah Al-A’raf : 180 yang menegaskan Asmaul Husna itu milik Allah SWT.

وَللَّهِ اْلأَسْمَآءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَاۖ وَذَ رُواْ الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِى أَسْمَـٰئِهۚ سَيُجْزَوْنَ مَاكَانُوا يَعْمَلُونَ

Maksudnya : “Hanya milik Allah al-Asma-ul Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama baik itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah Al-A‘raf:  180).

 

Sekian,Terima kasih.

Tahniah kerana anda menjadi salah seorang yang bertuah pada minggu ini dengan menghabiskan bacaan ebook : 5 Doa Melembutkan Hati Anak.

 

Moga bermanfaat kepada kita semua. Jangan lupa kongsikan doa ini pada orang lain ya!

Jangan lupa bersama saya lagi untuk perkongsian yang seterusnya. Sekian.

4 PETUA MELEMBUTKAN HATI ANAK

By | Tips Parenting | No Comments

PETUA MELEMBUTKAN HATI ANAK

1) Muhasabah diri adalah kita re-check semula diri kita. Adakah kita ni jenis yang lembut hati? Bak kata Ustazah Nurhafizah Musa, sikap dan perangai anak-anak kita pada hari ini, kita ada saham ke atas kemenjadiannya.

Mungkin anak kita keras hati adalah ujian dari allah. Untuk menguji kita sama ada kita semakin dekat atau jauh dengan Allah. Jadi ambil peluang untuk mendekatkan diri pada allah.

Cara yang terbaik adalah kita duduk diam-diam dan bersendirian, fikir semula dan bercakap dalam hati. Pasti kita akan Nampak ini adalah salah satu cara allah nak tegur kesilapan lalu kita.

Mungkin suatu ketika dulu kita pernah melakukan kesilapan yang sama dengan anak kita, mungkin masa dulu kita pernah melawan kata ibu bapa kita, mungkin juga suatu masa dulu kita pernah bercakap kasar dengan orang tua kita.

Jadinya, anggaplah ianya sebagai penambah pahala dan penebus dosa kita yang lalu. Kita hanya mampu ubah diri kita, kita tidak mampu untuk ubah anak kita. Walhal nabi tidak mampu mengubah hati bapa saudara baginda untuk memeluk Islam.

Cuma, kita berdoa agar muhasabah diri yang dibuat menjadi sebab anak kita berubah. Insya Allah.

2) Self affirmation adalah satu cara berpesan pada diri kita sendiri kita mahu yang bagaimana. So, anda mesti letakkan anda ingin jadi ibu bapa yang macam mana?

Kita nak jadi ibu bapa yang lembut, jadi kena sebut selalu dalam diri sendiri bila nak bercakap dengan anak-anak, ‘saya seorang ibu yang lembut’ ‘saya seorang bapa yang mendidik’ ‘saya merupakan ibu bapa yang memberi tauladan’ dan kata-kata positif yang lain. Dan ini yang kita perlu sebutkan hari-hari dalam diri kita. Kerana teknik ini membetulkan cara fikir kita.

Sebelum kita nak bercerita tentang anak kita, pastikan kita uruskan dulu diri sendiri. Kerana prinsip jelas, kita takkan mampu ubah orang lain kecuali diri kita sendiri. Dan inilah gunanya self affirmation untuk sentiasa mengingatkan diri kita dengan perkara-perkara positif.

Dan ini juga apa yang kita buat dalam solat 5 waktu. Kita akan baca doa iftitah, maksudnya,”Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata kerana Allah”.

Dan cara ini sangat berkesan. Kerana dengan adanya self affirmation,kita akan bertindak dengan perwatakan yang sepatutnya. Kita akan bersifat tegas dan bukannya pemarah. Dan kita akan jadi pengasih dan sayang anak bukannya memanjakan.

Sebagai contoh, tidak salah anak bermain handphone tetapi ada syaratnya, kena selesaikan kerja sekolah dahulu. Tapi kita memanjakan jika waktu makan main handphone, keluar bersama keluarga sibuk dengan handphone. Ini memanjakan. Kena ada beza antara keduanya. Kerana perilaku kita yang akan membentuk kemenjadian anak kita sama ada berakhlak atau sebaliknya.

3) Setiap orang berbeza-beza bilangan anak. Ada yang seorang, dua orang atau lebih. Jadi, sudah tentu setiap daripada anak kita itu ada perbezaan dari segi karektor dan kemahuan. Ini adalah hasil dari persekitaran anak-anak itu sendiri.

Cara kita berkomunikasi, cara kita memahami anak-anak malah cara kita faham keinginan mereka. Anak sulung berbeza sikap dan karektor dengan anak bongsu. Cara kita berkomunikasi dengan anak lelaki sudah tentu berbeza dengan anak perempuan.

Dan oleh kerana setiap anak itu berbeza, sudah menjadi kewajipan kita sebagai ibu bapa untuk memahami dan mengenali anak-anak. Kesilapan yang selalu kita buat adalah kita tidak tahu apa keinginan anak kita pada satu-satu masa, kita tidak tahu apa yang bermain di fikiran anak kita, dan apa yang anak kita mahukan daripada kita.

Sebab itulah, kita kena kenal dan faham anak kita. Bagi saya, cara yang paling terbaik untuk kita mulakan ke arah itu adalah ikhlaskan diri. Sejauh mana kita nak mengenali anak kita? sejauh mana kita nak memahami anak kita? kerana apa ikhlas itu cara terbaik? Kerana apabila kita ikhlas, kesannya akan membentuk interaksi dan tindakan kita yang ikhlas kepada anak-anak.

4) Doa yang paling terbaik adalah selepas kita melakukan usaha yang terbaik untuk sesuatu perkara. Sebab itulah, jangan berhenti berusaha dan selalu berdoa, minta pada Allah untuk mempermudahkan urusan dan dilembutkan hati anak untuk mendengar kata kita.

Antara doa yang boleh diamalkan adalah doa nabi Musa ketika baginda bertemu Firaun sebagaimana disebut di dalam Al-Quran :

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي  وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي  يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya : “Musa berkata, Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku” (Surah Thoha: 25-28)

Doa ini dibaca Nabi Musa ketika bertemu Firaun iaitu manusia yang paling kejam dan mengaku dirinya sebagai Tuhan. Dan kita boleh ambil ibrah dari bacaan ini untuk diamalkan selalu. Doa lain yang boleh diamalkan ialah ayat 74 Surah Al-Furqan :

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Wahai Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” Doa ini dibaca untuk menjadikan keluarga kita sebagai penyenang hati.

Itu yang diimpikan setiap ibu bapa. Apabila kita lihat anak-anak hati kita tenang, suami lihat isteri hati sejuk, dan begitulah juga anak-anak melihat ibu bapa mereka hati mereka seronok. Doa ini boleh diamalkan supaya ketenangan dan kesenangan dalam institusi kekeluargaan itu dapat dipupuk.

Tahniah kerana anda menjadi salah seorang yang membaca perkongsian saya pada minggu ini yang bertajuk E-book : Petua Melembutkan Hati Anak.

 

Semoga kita semua dapat pengajaran dan mengamalkannya dalam mendidik anak kita.

Nantikan perkongsian seterusnya daripada saya pada masa akan datang. Bye!

3 RAHSIA BANTU ANAK MENGHAFAL NOTA

By | Tips Parenting | No Comments

3 RAHSIA BANTU ANAK MENGHAFAL NOTA

Contohnya : Hafalkan 7 perkataan di bawah.

Pen, Kertas, Pemadam, Beg Sekolah, Kunci, Buku Nota, Bakul Sampah

Caranya :

Nama saya PEN bin KERTAS. Saya ada adik tiri bernama PEMADAM. Saya suka pergi sekolah tapi selalu tertinggal BEG SEKOLAH.

Anda tahu kenapa saya selalu tertinggal beg sekolah? Sebab KUNCI rumah saya automatik. Kalau lambat, pintu tertutup sendiri.

Jadi saya bawa BUKU NOTA sahajalah pergi sekolah. Oklah, tak kan nak bawa BAKUL SAMPAH?

Contoh : Hafalkan 7 perkataan di bawah :

P-Pen

Kts-Kertas

Pdm-Pemadam

BS-Beg Sekolah

Kc-Kunci

BN-Buku Nota

BS-Bakul Sampah

(P)enyu (K)eluar (P)antai (BS)BerSama (K)ucing (BN)BaNgladesh (BS)BuSuk

Menggunakan teknik lagu mudah seperti Enjit-enjit Semut,

Anak Itik Tok Wi, Anaklah Ayam sebagai rentak lagu dalam mengingati sesuatu nota

yang disiapkan utk dihafal. Kerana kita akan senang ingat sesuatu yang kena dengan

jiwa. Dan sudah pasti ada lagu yang menjadi kegemaran kita yang boleh kita olah

untuk bantu kita menghafal.

Alhamdulillah, syukur kerana anda bersama saya dalam perkongsian kali ini. E-book berkaitan 3 Rahsia Bantu Anak Menghafal Nota.

Saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Nantikan perkongsian saya yang seterusnya pada masa akan datang. Terima kasih.

8 MAKANAN SUNNAH YANG BAIK UNTUK MINDA DAN ROHANI PELAJAR

By | Tips Parenting | No Comments

8 MAKANAN SUNNAH YANG BAIK UNTUK MINDA DAN ROHANI PELAJAR

Cuka adalah makanan yang diakui berkhasiat berdasarkan hadis :

Daripada Ummu Said RA, Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah, berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan golongan nabi sebelum aku.”

Dan cuka menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia antaranya :

  • Membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembengkakan seperti bisul dan kanser.
  • Membantu membuang darah kotor dan melancarkan aliran darah.
  • Membantu mengharmonikan fungsi hati, melancarkan pembuangan toksin dan mengurangkan paras kolesterol.

Buah kurma ada disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Mukminah ayat 19 :

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“

 

Seperti yang kita tahu, kurma banyak khasiat kerana kurma kaya akan vitamin, mineral, serat, minyak, kalsium, sulfur, zat besi, potassium, fosfor, mangan, tembaga, dan magnesium yang bermanfaat bagi kesihatan.

Menurut Imam Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad Shalallahu alaihi wasallam bersabda, ” Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati”.

Buah zaitun boleh membantu penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.

Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.

Buah labu merupakan sejenis sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber khasiat yang berguna untuk kesihatan tubuh manusia. Jika seseorang mempunyai rabun atau mempunyai ketidakseimbangan dalam tubuh, labu adalah pilihan yang baik. Ini kerana labu memiliki vitamin A dan C yang tinggi yang menyihatkan tubuh manusia.

Bersesuaian dengan hadis nabi daripada Abu Talut : aku pernah menemui Anas bin Malik makan labu sambil berkata : “Sungguh engkau berasal daripada dari pohon yang paling kusukai, kerana Rasulullah amat menyukaimu”.

Madu sudah dipercaya sejak ratusan tahun lalu untuk digunakan dalam kesihatan dan juga pengubatan secara tradisional dan moden. Madu bermanfaat lebih-lebih lagi untuk kesihatan serta kecantikan tubuh manusia.

Antara kebaikan madu adalah menjaga sistem pencernaan, meningkatkan sistem imun tubuh, meningkatkan energi, melindungi kulit dan banyak lagi.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.

Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Antara kebaikan daging kambing adalah mengandungi sumber tenaga yang sangat besar, pembentukan otot, mencegah anemia, meningkatkan sistem ketahanan tubuh, menjaga kesihatan mata, menjaga sistem saraf, kesihatan mental, meningkatkan kandungan HDL dalam darah dan menyihatkan tulang.

Roti gandum lebih menyehatkan dibandingkan dengan roti putih. Selain unggul dalam berbagai zat besi, roti gandum dapat menurunkan kolesterol dan risiko terkena penyakit jantung, serta baik mengatasi masalah diabetes.

Setiap jenis roti memilki kandungan serat dan kalsium yang berbeda. Roti gandum utuh biasanya memilki lebih banyak vitamin B6, vitamin E, magnesium, asam folat, tembaga, zinc, dan mangan. Sedangkan roti tawar diperkaya dengan berbagai vitamin.

Susu merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik, terutama kandungan kalsium. Susu mengandungi nutrisi keseimbangan dari protein, lemak dan karbohidrat dan merupakan sumber nutrisi penting, termasuk Kalsium, riboflavin, fosfor, vitamin A, dan B12, kalium, dan magnesium.

Antara manfaat lain ialah susu memberi sumber kalsium dan protein, menjaga kesihatan gigi dan tulang, memperbaiki tekanan darah, menjaga berat badan, mengurangi stress, dan mempengaruhi kesuburan untuk mendapatkan anak.

Terima kasih kerana anda menjadi salah seorang yang bersama kami pada minggu ini dalam topik 8 Makanan Sunnah Yang Baik Untuk Minda dan Rohani Pelajar.

Diharapkan anda dapat mengamal serta menyebar luaskan kepada orang lain kebaikan daripada bacaan ini.

Nantikan perkongsian saya yang seterusnya pada minggu hadapan ya! Terima kasih.

14 PETUA MENGATASI SIKAP MALAS

By | Tips Parenting | No Comments

14 PETUA MENGATASI SIKAP MALAS

Syukur kerana anda selesai menghabiskan bacaan untuk 14 Petua Mengatasi Sikap Malas pada minggu ini.

Semoga ada manfaat daripada perkongsian ini dan sebar luaskan kepada orang lain ya!

Nantikan saya pada masa akan datang dengan perkongsian yang lain. Terima kasih.

BAGAIMANAKAH PELAJAR CEMERLANG BELAJAR 8 JAM SEHARI?

By | Tips Parenting | No Comments

BAGAIMANAKAH PELAJAR BERJAYA BELAJAR 8 JAM SEHARI?

1.DUA JAM SEBELUM SUBUH

Waktu pagi adalah waktu terbaik untuk belajar. Ramai pelajar cemerlang bangun awal untuk melakukan ulangkaji. Ini juga adalah rahsia kecemerlangan ulama zaman dahulu.

Waktu pagi yang sunyi, indah, dan segar dihabiskan dengan membaca, menghafal dan menulis nota

2.SEBELUM PERHIMPUNAN

Biasanya pelajar cemerlang datang awal ke sekolah. Banyak kelebihannya bila datang awal. Antaranya dapat pergi ke sekolah dengan tenang dan yakin. Tidak terkocoh-kocoh.

Sebelum mula perhimpunan, masa tidak dibuang begitu sahaja tetapu digunakan untuk membaca dan mengulangkaji mata pelajaran.

3.WAKTU PERALIHAN KELAS

Waktu yang biasa dimanfaatkan pelajar cemerlang adalah waktu peralihan kelas. Anda bayangkan jika satu peralihan kelas memakan masa 5 minit, maka jika 6 kelas, di situ sahaja sudah ada 30 minit.

Pelajar biasa tiada rasa apa-apa pada 5 minit tersebut. Namun pada pelajar cemerlang 5 minit itu sangat bermakna dan bernilai.

4.WAKTU TENGAHARI

Waktu tengahari dimaksudkan di sini antara jam 11 hingga jam 1 petang. Terutamanya di waktu cuti Sabtu dan Ahad. Sebelum menunggu masuk waktu Zuhur mereka akan belajar dahulu sebentar.

5.BELAJAR WAKTU PETANG

Waktu petang biasanya diperuntukkan untuk belajar secara berkumpulan. Boleh rujuk poster kami sebelum ini utk mengetahui Tips Berkesan Belajar Secara Kumpulan.

6. WAKTU MALAM

Bermula selepas solat maghrib atau isyak, mereka memperuntukkan masa sekitar 2 jam untuk mengulangkaji mata pelajaran. Waktu malam baik untuk melihat semula apa yg telah dipelajari dan membaca apa yg akan diajar oleh guru esok.

Ok itu sahaja.
Bertemu dalam Tips yang akan datang.
Ikhlas dari saya, Che’Mat.

Sekian,

Tahniah kepada anda kerana masih setia bersama kami pada minggu ini berkaitan topik Bagaimanakah Pelajar Cemerlang Belajar 8 Jam Sehari?

Perkongsian yang ringkas tetapi padat ini diharapkan dapat membantu kita semua mengurus masa belajar dengan baik dan tersusun.

Pastikan anda bersama kami lagi pada perkongsian lain pada minggu hadapan. Terima kasih.

TEKNIK-TEKNIK ORANG BERJAYA MENGURUS MASA

By | Tips Parenting | 2 Comments

TEKNIK-TEKNIK ORANG BERJAYA MENGURUS MASA

BAGAIMANAKAH MENDAPATKAN LEBIH MASA SETIAP HARI.

TIPS INI BAIK UNTUK IBU BAPA YANG BEKERJAYA.

 

Kita selalu cemburu melihat orang berjaya dapat melakukan banyak perkara setiap hari. Bagaimanakah mereka menguruskan masa? Ibu bapa zaman sekarang adalah ibu bapa yg bekerjaya. Kerja yg banyak di pejabat kadang-kadang menggangu proses mendidik anak-anak.

Kita semua mahu kesempatan tengok anak. Sempat didik anak. Boleh meraikan majlis penyampaian hadiah mereka. Sempat hadir mesyuarat persatuan ibu bapa dan sebagainya. Balik rumah dengan mood yang stabil. Seronok kan?

Ada ibu bapa yg minta kami kongsikan tips pengurusan masa. Alhamdulillah, team ALAF Training sempat himpunkan TUJUH TEKNIK PENGURUSAN MASA. Teknik ini adalah gabungan dari beberapa buah buku tempatan dan luar negara.

Kami kongsikan teknik yang asas tapi sangat berkesan dalam mengurus masa. Harapan kami supaya kita semua ada lebihan masa untuk diberikan semula kepada keluarga tersayang, insyallah.

Ikhlas dari saya Che’ Mat dan team ALAF Training

1.BUAT “TO DO LIST” SEBELUM TIDUR.

Ia mesti dibuat sebelum tidur. Kenapa? Kerana kita akan lebih cergas bila bangun dari tidur. Kita sudah tahu apakah yang patut dilakukan. Inilah yang dinamakan perancangan awal sebelum masuk hari esok.

Jika To Do List dibuat pada waktu pagi, maka kita sudah terlambat. Bangun pagi adalah waktu untuk terus bergerak bukan membuat perancangan.

Kata orang, korbankan 1 jam sebelum tidur untuk merancang akan menyelamatkan 24 jam hari esoknya.

2.SUSUN SENARAI MENGIKUT PRIORITI

Kita mungkin dah buat senarai kerja apa yang mahu dilakukan. Tapi persoalannya, kerja mana mahu dilakukan dahulu?

Oleh itu, letakkan prioriti pada setiap kerja yang kita ada tersusun.

Contohnya :
3☆ Untuk kerja yang sangat penting
2☆ Untuk kerja yang penting
1 ☆ Untuk kerja yang boleh diserahkan pada org lain
0 ☆ Untuk kerja yang mesti ditinggalkan

3.LAKSANAKAN YANG PENTING DAHULU & PADAMKAN BILA DAH SELESAI.

Kerja yang paling penting dilakukan seawal pagi yang boleh. Kerana waktu pagi kita punya banyak energi dan momentum.

Anda bayangkan kerja yang sangat penting telah siap jam 11.00 pagi. Sebelah petang anda hanya tinggal kerja-kerja ringan.

4.BERIKAN GANJARAN PADA DIRI BILA SELESAI TUGASAN.

Terutama kerja-kerja yang besar dan bernilai tinggi. Contohnya, sudah siapkan proposal, pembentangan projek, mesyuarat mingguan dan lain-lain. Berikan ganjaran pada diri dan lebih indah jika diraikan bersama orang tersayang.

5.MINTA TOLONG ORANG LAIN LAKSANAKAN

Anthony Robbins pernah ditanya apakah strategi paling berkesan yang membantu beliau menjadi orang yang hebat?
Jawapan beliau adalah minta tolong dengan orang lain. Namanya kuasa meminta tolong dan membahagikan tugas.

Kerja apa yang mahu diserahkan pada orang lain?
1. Kerja yang penting tapi kita tak tahu laksanakannya.
2. Kerja yang ringan dan mudah, tanpa kita pun org lain boleh laksanakan.

6.BELAJAR BERKATA TIDAK PADA PERKARA YG TAK MAMPU TOLONG

Semangat suka membantu orang memang patut dibanggakan. Namun ramai orang menjadi stress kerana tak mampu melaksanakan tugasan yang diterima. Bermakna di sini kita mesti belajar seni menolak permintaan orang lain jika perlu.

7.BERSYUKUR DAN BERDOALAH KEPADA ALLAH ATAS NIKMAT MASA

Masa adalah nikmat yang tidak ternilai. Bahkan pepatah juga mengatakan ‘Masa Itu Emas’.

Satu minit sangat berharga pada mereka yang tertinggal kapal terbang. Satu saat sangat berharga pada mereka yang berjaya mengelakkan diri dari kemalangan. Begitulah besarnya nilai masa.

Sekian terima kasih.

Tahniah kerana anda terpilih salah seorang yang berjaya menghabiskan bacaan Teknik-Teknik Orang Berjaya Mengurus Masa.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu kita semua dalam mengurus jadual harian menjadi lancar dan teratur.

Nantikan perkongsian seterusnya daripada kami pada minggu akan datang. Terima kasih.