Cara Mudah Bantu Anak Belajar

By March 25, 2019Tips Parenting

Sebagai ibu bapa memang tak lari dari memikirkan masalah anak-anak.

Anak malas belajar, asyik bermain dan tak fokus, fuhh siapa yang tak risau.

 

Perkara yang melibatkan hala tuju dan masa depan mereka,

Mesti kita nak nak yang terbaik, betul tak?

 

Hari ni saya nak kongsikan sedikit cara mudah bantu anak belajar,

1.Set Masa Belajar

Buat jadual belajar untuk anak kita, terangkan pada anak waktu-waktu yang tertentu mereka perlu ulangkaji pelajaran dan siapkan kerja sekolah.

 

Pastikan mereka setuju, dan masa yang kita tetapkan tu mestilah relevan, jangan pulak letak pkul 2.30pm, baru je balik dari sekolah tu, depression pulak anak kita nanti.

2.Tempat Belajar yang Selesa

Sediakan tempat belajar untuk anak-anak, seperti meja belajar dan kerusi. Lagi bagus kalau kita dapat sediakan ruang seperti mini library yang ceria supaya mereka lebih minat untuk ulangkaji pelajaran.

3.Limitkan Masa Belajar

Jangan bagi anak kita belajar terlalu lama, bosan nanti. Kalau otak mereka dah penat, ilmu dah tak boleh nak diserap lagi.

Pastikan anak kita mendapat 10 minit rehat bagi setiap sejam mereka belajar dan juga 45 minit rehat selepas 3 jam menghadap buku.

4.Reward Selepas Habis Belajar

Haaa teknik ni sesuai sangat kalau anak memang liat betul nak suruh belajar.

Contoh reward yang kita beri mungkin game yang meransang minda mereka atau perkara yang mereka suka.

Tapi perlu ingat, jangan bisakan sebab kita nak mereka ada niat belajar dengan sendiri.

Itulah dia sedikit perkongsian dari saya yang mana boleh dijadikan idea untuk tarik minat anak belajar.

 

Atau nak lagi mudah, ajomm daftar anak ke “Seminar Tapow A”, lebih banyak teknik dan tips akan diberikan pada ibu bapa dan anak-anak.

Semoga bermanfaat,

Jangan lupa  share untuk kebaikan bersama!

Author tapowa

More posts by tapowa

Leave a Reply