Ibu Bapa Nasihatkan Anak-Anak Buat 9 Perkara Ini Lepas Balik Sekolah

1. ULANGKAJI MATA PELAJARAN

sebelum tamat 24 jam. Ingat ya, kajian membuktikan selepas 24 jam maklumat akan hilang sebanyak 80 peratus. Sebelum anak-anak lupa apa yang dipelajari, suruh mereka panggil semula (recall) ilmu yang dipelajari dalam kelas

 

2. BUAT KERJA RUMAH,

jangan tinggalkan. Ingatkan anak-anak kerja rumah adalah tanda cikgu sayang. Bukan cikgu nak dera. Lagipun betulkan mindset mereka kerja rumah adalah cara mudah nak ukur kefahaman dan kenal pasti apakah topik yang belum dikuasai

 

3. BELAJAR SECARA BERKUMPULAN

pada waktu petang. Secara logik, biasanya pelajar dah penat bila petang. Maka cara belajar terbaik mestilah menggunakan kaedah santai tapi sampai. Bukan kena belajar secara serius. Maka, study dapat membantu. Galakkan anak-anak bawa kawan belajar di rumah, atau hantarkan mereka belajar di rumah kawan. Tapi syaratnya tak boleh lama, sejam ke dua jam sudah memadai.

 

4. BELAJAR MINIMA EMPAT SUBJEK & EMPAT JAM SEHARI.

Tapi jangan risau, bukan kena belajar secara terus selama 4 jam. Belajar sikit-sikit, asalkan jumlahnya mencapai 4 jam sehari. Contohnya, sejam waktu petang, sejam lepas maghrib, sejam lepas isyak, sejam waktu awal pagi sebelum pergi sekolah.

 

5. BUAT NOTA SENDIRI,

jangan pinjam nota kawan. Nota sifatnya adalah apa yang kita faham diluahkan secara ringkas atas kertas. Bila dah dekat peperiksaan, nota menjadi rujukan utama, bukan lagi merujuk buku teks. Sebab itu nota kena buat sendiri, tak boleh pinjam kawan.

 

6. Jangan bergantung pada buku teks dan buku rujukan semata-mata, tapi LUASKAN BACAAN sehingga ke majalah, internet, youtube. Ini bantu anak-anak kita mencambah minda, bukan bergantung pada silibus semata-mata. Bukankah kita mahu generasi yang selalu fikir luar kotak?

 

7. Sentiasa BAWA BUKU ke mana-mana walaupun sekadar buku nota kecil. Ingat, sebagai penuntut ilmu kita tidak boleh biarkan masa berjalan begitu sahaja. Itu membazir namanya. Ada ibu bapa takut anak jadi ulat buku, hmmm pada saya itu lebih bagus daripada anak kita jadi ulat gajet.

 

8. HORMAT DAN SAYANG IBU BAPA, SEMUA GURU & KAWAN-KAWAN.

Siapa buat baik pada orang, Allah balas kebaikan pada dirinya. Siapa sampaikan hajat orang lain, Allah akan sampaikan hajatnya. Pesan pada anak-anak, hubungan dengan guru bukan habis di sekolah semata-mata, tapi ia kekal sampai mati. Galakkan anak-anak doakan guru, bagi hadiah pada guru, selalu bantu guru. Jika guru duduk berdekatan rumah, selalu ziarah dan khidmat pada guru. Jangan sakiti kawan, sebab doa orang dizalimi makbul.

 

9. Dan akhir sekali JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH.

Solat jangan tinggal, jangan lewat, jangan gelojoh, jangan main-main. Nanti kejayaan pun lewat dan main-main datang ke kita. Tambahkan dengan amalan sunat, seperti zikir, baca Al-Quran, solat sunat dan sedekah. Insyallah, hati tenang dan lapang menghadapi peperiksaan dan kehidupan. Ada orang kata, benda ni kena awal-awal, sebab ini syarat pertama.

 

Pada saya ia bukan tentang mana syarat pertama, mana syarat kedua, sebab semua yang saya sebut ini semua penting. Semua kena buat. Sampai waktu solat, solatlah. Sampai jumpa cikgu, hormatlah. Sampai waktu tidur, tidurlah, haaa.. Begitu.

 

Share info ini supaya anak-anak sentiasa ada sikap positif. Kalau result dia tak berubah sekalipun jangan sedih, kita nak sikap dia berubah. Lambat laun, kejayaan pasti datang, percayalah.