BAGAIMANA NAK BANTU ANAK FOKUS DALAM KELAS?

By August 29, 2017Tips Parenting

Bagaimana Nak Bantu Anak Fokus Dalam Kelas?

    PENDAHULUAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ibu bapa yang dirahmati Allah sekalian. Apa khabar anda semua? Moga-moga kita semua berada dalam jagaan dan perlindunganNya, InshaAllah. Saya doakan semoga segala urusan kita dipermudahkan Tuhan, InshaAllah.

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah di atas kesempatan masa yang diberikan kepada saya untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang juga datang daripada-NYA yang Maha Mengetahui.

Terima kasih tuan puan kerana sudi meluangkan masa untuk membaca ebook pada kali ini. Saya Che Mat, inspirator pelajar daripada syarikat Alaf Training penganjur seminar Tapow A. Kami akan berusaha sehabis baik bagaimana ingin membantu anak-anak tuan untuk menjadi pelajar yang soleh dan cemerlang.

Alhamdulillah, dalam ebook kali ni, saya nak kongsikan petua bagaimana nak bantu anak fokus di dalam kelas. Fokus ni adalah kunci kepada kejayaan kerana berjaya mengawal halangan-halangan ketika belajar. Anak-anak akan dapat ilmu kalau mereka fokus dalam kelas. Tapi kalau mereka tak fokus, mereka tak dapatlah belajar sesuatu.

Pada kali ini, saya ingin kongsikan tips bagaimana nak bantu anak-anak fokus dalam kelas? Sebab apa saya nak bincangkan topik ini? Sebabnya saya percaya ramai sebenarnya ibu bapa yang berdepan dengan masalah anak-anak tak fokus dalam kelas. Saya faham anak-anak ni susah nak kekalkan fokus mereka, ada saja perkara yang menganggu minda mereka ketika belajar.

Dan ada pelajar tanya pada saya: “Che Mat, macam mana nak fokus dalam kelas? Macam mana nak hilang mengantuk dalam kelas?”

Jadi, ibu bapa yang saya hormati semua, anda boleh guna tips ini untuk bimbing anak-anak untuk fokus dalam kelas. Anda juga akan tahu cara nak hilangkan mengantuk anak-anak ketika berada dalam kelas supaya mereka dapat beri tumpuan dalam kelas.

Anda mesti nak anak-anak beri tumpuan dengan baik dalam kelas. Kalau anak-anak tak dapat fokus, rasa rugi sangat dan buat penat saja mereka datang ke sekolah. Anak-anak tak akan dapat belajar sesuatu kalau mereka tak fokus dalam kelas. Jadi, kita sebagai ibu bapa, mestilah dorong anak-anak untuk fokus ketika belajar agar mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Antara tanda-tanda anak-anak tidak fokus di dalam kelas:

  1. Tidak beri tumpuan semasa guru mengajar
  2. Suka mengelamun dan memikirkan perkara lain
  3. Mengantuk di dalam kelas

Tapi, hari ni saya nak fokuskan pada mengantuk di dalam kelas sahaja dulu. Ibu bapa sekalian, saya ingin kongsikan dengan anda cara-cara untuk selesaikan masalah ini supaya anak-anak dapat fokus di dalam kelas. Dan dapat hilangkan mengantuk juga.

 

Cara Hilangkan Mengantuk di dalam kelas

  1. Pastikan anak cukup tidur

Anak-anak mestilah dapat tidur yang cukup. Mereka akan penat kalau tidak cukup tidur. Sebab itulah, anak-anak tidak dapat fokus dalam kelas. Mereka tiada tenaga untuk belajar.

 Cukup tidur dapat beri anak-anak tenaga untuk fokus ketika belajar. Anak-anak yang cukup tidur, mereka akan dapat tenaga, jadi mereka boleh fokus dalam kelas.  

Tapi, kalau anak-anak tidak cukup tidur, mereka tidak akan dapat tenaga. Jadi mereka tidak dapat beri tumpuan di dalam kelas. Sebab fokus perlukan tenaga yang banyak.

Ibu bapa yang dirahmati Allah sekalian, apa maksud tidur yang cukup? Maksud tidur yang cukup ni ialah anak-anak dapat tidur yang berkualiti. Tidur yang berkualiti bukannya tidur yang lama. Ramai orang dekat luar sana yang tidur lama tapi tidurnya tak berkualiti. Tidur yang lama sebenarnya boleh memenatkan lagi tubuh badan.

Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekali gus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tidak ditangani segera, ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk apabila usia kian meningkat kelak.

 Tidur yang berkualiti sebenarnya bukan tidur yang lama tapi cukuplah sekadar beri kerehatan pada tubuh badan. Kualiti tidur yang baik akan membuat anda berasa segar pada hari berikutnya.

 

 

 

 

4 syarat bagaimana anak-anak dapat tidur yang berkualiti supaya fokus dalam kelas

1. Tidur pada awal waktu

Anak-anak mesti jaga waktu tidur mereka. Kena tidur awal bukannya lewat. Barulah mereka dapat tidur yang berkualiti. Tapi kalau anak-anak sibuk tengok tv, berborak, main phone, lepas tu tidur lewat, mereka tak dapatlah rehat yang baik.

Saya percaya jika anda latih anak-anak untuk tidur seawal jam 10 hingga 11 malam, mereka akan dapat rehat yang cukup dan berkualiti. Tidur pada jam 10-11 malam, tidak boleh lebih daripada itu. Waktu tidur ni kena ikut jam. Ada 3 jenis jam:

  1. Jam waktu: Iaitu masa yang terbaik untuk kita tidur: antara pukul 10 hingga 11 malam.
  2. Jam biologi: Iaitu badan kita. Badan kita pun macam jam juga. Dia faham waktu bila kita nak rehat. Dia faham waktu bila nak bangun. Dia faham waktu bila kita nak makan.
  3. Jam alam: Contohnya, waktu solat. Kita dapat tahu waktu solat dengan peredaran bumi dan matahari.

Badan anak-anak kena selari dengan jam waktu, jam biologi, dan jam alam. Barulah mereka dapat tidur yang berkualiti. Jadi, saya suka ingatkan anda untuk pastikan anak-anak tidur di awal waktu.

Tapi bila anak tidur lewat, secara biologinya, badannya tidak akan mengeluarkan satu hormon yang dipanggil sebagai melatonin. Hormon melatonin ni hormon yang dikeluarkan untuk:

  1. bantu badan kita rehat yang cukup
  2. dapat merawat badan yang tengah sakit

Hormon melatonin ni dikeluarkan pada waktu malam dan sangat sensitif pada cahaya.

Kelebihan tidur pada awal waktu:

  • lebih mudah untuk terbiasa bangun pagi.
  • Mengurangkan tekanan.
  • Menjaga berat badan.
  • Baik untuk kesihatan jantung, kerana orang yang suka tidur lewat tengah malam berisiko mengalami pengerasan pembuluh darah.

“Dan kerana rahmatNya, Dia menjadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirehat pada malam itu dan agar kamu mencari sebahagian dari kurniaanNya dan pada hari-hari kamu supaya kamu bersyukur”. (Al Qasas: 73).

2. Tutup semua lampu

Ibu bapa sekalian, anak-anak mesti diajar untuk tidur dalam gelap. Jangan ada lampu. Bila ada lampu, dia tidak merangsang pengeluaran melatonin. Melatonin ni hanya keluar sewaktu gelap saja dan melatonin detect pada kelopak mata kita. Lagi cerah, lagi kurang pengeluaran melatonin. Jadi, bilik anak kena gelap.

Walaupun kita tutup mata dengan lampu terbuka, mata kita masih dapat cahaya lalu hantarkan ke otak dan beritahu pada otak bahawa belum malam lagi. Jadi, hormon melatonin tidak akan dikeluarkan ataupun pengeluarannya minimum saja dan akan menyebabkan tidur yang tak berkualiti.

Sebab itulah, badan tidak akan dirawat dengan baik. Jadi, ibu bapa mesti tutup lampu bilik anak agar melatonin dapat dikelurkan secara optimum lalu anak akan dapat tidur yang berkualiti untuk fokus dalam kelas.

3. Tidur mengikut Sunnah Rasulullah

Untuk dapat tidur yang berkualiti, ibu bapa ajarkanlah anak-anak untuk tidur dengan cara Rasulullah. Sunnah Rasulullah amat baik untuk dipraktikkan kerana:

  • Mengikuti sunnah rasulullah merupakan sebab diterimanya suatu amalan.

“Barangsiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak pernah kami tuntunkan, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim).

  • Pahala besar bagi orang yang berpegang teguh dengan sunnah rasulullah.
  • Jaminan istiqomah dan hidayah bagi orang yang berpegang teguh dengan sunnah rasulullah.

“Manusia akan senantiasa berada di atas jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi.” (HR. Al Baihaqi, Miftahul Jannah, no. 197).

  • Mendapatkan cinta dari Allah dan akan masuk Al-Jannah (syurga).

Sebelum tidur

  • Mengiring ke sebelah kanan

Kelebihan tidur mengiring:

  1. mengurangkan beban jantung
  2. merehatkan perut
  3. meningkatkan penyerapan nutrisi
  4. menjaga saluran pernafasan
  5. kedudukan jantung berada di atas, sehingga tidak akan tidur terlalu nyenyak
  • Meletakkan tangan di bawah pipi sebelah kanan
  • Arah qiblat
  • Berwudhu bila nak tidur
  • Baca doa tidur
  • Baca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas
  • Tidak tidur dengan posisi telungkup

“Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR Abu Daud dengan sanad yang sohih).

Selepas bangun tidur

  • Berdoa ketika bangun tidur
  • Mengusap bekas tidur di wajah
  • Gosok gigi

Sahabat Hudzaifah menceritakan, Rasulullah apabila bangun malam, beliau membersihkan mulutnya dengan bersiwak. (HR. Bukhari 245 dan Muslim 255).

  • Membersihkan hidung

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Apabila kalian bangun tidur maka bersihkan dalam hidung tiga kali kerana setan bermalam di rongga hidungnya.” (HR. Bukhari 3295 dan Muslim 238).

  • Mencuci kedua tangan sebanyak 3 kali

Dari Abu Hurairah, Rasulullah berpesan, “Apabila kalian bangun tidur maka janganlah dia mencelupkan tangannya ke dalam wajah, sebelum dia mencucinya 3 kali, kerana dia tidak mengetahui di mana tangannya semalam berada.” (HR. Bukhari dan Muslim 278).

Tidur dengan cara Rasulullah dapat membantu:

  • Pengaliran darah dengan baik
  • Hormon melatonin dirembes dengan baik
  • Pengaliran udara dalam badan
  • Postur badan yang betul

4. Niat untuk bangun awal

Anda boleh ajar anak-anak untuk niat dalam hati dan nyatakan jam berapa mereka perlu bangun. Saya percaya jika ibu bapa latih anak-anak berniat untuk bangun awal, InshaAllah anak-anak akan bangun. Badan pun akan faham dan bangun dengan mudah seperti apa yang diniatkan.

Kelebihan bangun pada awal waktu:

  • waktu subuh lebih produktif untuk belajar
  • udara fajar yang masih segar, kandungan oksigen yang masih bersih akan membuat otak menjadi lebih segar untuk belajar
  • dapat menajamkan daya ingatan jika belajar pada awal pagi
  • ilmu mudah masuk dan tersimpan dalam waktu yang lebih lama.
Alhamdulillah, terima kasih kerana berjaya baca ebook ni hingga habis. Semoga ada manfaat dan pelajarannya yang kita boleh ambil untuk dijadikan tauladan dalam hidup.

Leave a Reply