4 Formula Tingkatkan Keyakinan Diri Anak Anda

By June 20, 2019Tips Parenting

1. BANYAKKAN KATA YA BERBANDING TIDAK

Ini antara perkara yang saya amalkan dan Alhamdulillah berkesan membantu anak-anak lebih yakin. Perasan tak kita dari kecil selalu dengar perkataan TIDAK, NO, JANGAN, dan tanpa kita sedari inilah perkataan yang menjadi RACUN dalam masyarakat kita. Semua perkara tak boleh. Semua perkara tak betul.

Dan perkara ini berlarutan hingga alam kerjaya dan rumah tangga. Bila tanya bos, bos kata SALAH. Bila tanya suami, suami kata JANGAN. Dan akhirnya tanpa sedar kita juga banyak guna perkataan itu bila mendidik anak-anak.

 

Perkataan ini secara diam telah membunuh potensi diri anak. Anak akhirnya tidak mahu bercakap dengan kita sebab dah tahu jawapan, mesti TIDAK BOLEH.

Oleh itu, sebagai ibu bapa apa boleh kita buat? Tukar daripada kata TIDAK kepada perkataan BOLEH, DENGAN SYARAT. Ha… Inilah rahsianya. Banyakkan kata BOLEH, banyakkan kata YA. Ya, Ayah izinkan, atau Ya ibu benarkan, tapi dengan syarat. Contohnya :

“Ya, boleh tolong ibu potong sayur di dapur, ibu izinkan dengan syarat tak sepah, tak kena tangan, dan kalau luka selesaikan sendiri. Sanggup? Kalau sanggup silakan”

“Ya, boleh beli mainan, dengan syarat, mainan di rumah mesti kemas. Jangan bergaduh, jangan berebut, mesti berkongsi. Setuju?”

“Ya, boleh ibu daftarkan Seminar Tapow A Supercamp, tapi dengan syarat, bukan untuk seronok semata-mata, tapi mesti catat semua nota, jangan lambat bangun lagi, mesti kemas bilik, rajim buat kerja sekolah, jangan mengadap handphone saja..” (hahaha tetiber..)

Ibu bapa yang gunakan strategi rahsia ini akan meransang anak untuk ‘survive’ dan berusaha. Semua perkara atas dunia ini ada harga dan bukan boleh dapat begitu sahaja. Bukannya ibu tak izinkan, tapi mungkin berbahaya, tak selamat, tak cukup duit, atau apa sahaja alasannya, kita sebutkan terus pada anak kita supaya mereka fikir bagaimana nak atasi sendiri.

 

 

2. KAWAL EMOSI, JANGAN MARAH MARAH, TAPI BANYAKKAN BERSABAR

Ibu bapa yang tak berjaya kawal emosi akan merosakkan emosi anak. Kadang-kadang kerja kita sibuk, tak habis-habis, dari pejabat bawa ke rumah, pegang handphone depan anak, sekali anak mengadu kita terus melenting. Terus naikkan suara. Ini juga menjadi racun anak hilang keyakinan diri.

Sedangkan, mereka berharap ibu bapa akan menjadi manusia pertama yang menerima mereka seadanya, sekali tiba-tiba kena marah. Dan lebih kasihan, marah membuatkan anak-anak semakin liar dan jauh.

Maka apa nak buat?

Siapkan kerja di pejabat. Pisahkan urusan kerja dan keluarga. Kerja pejabat boleh diselesaikan, tapi emosi anak tak boleh dipandang enteng. Jangan bermain handphone depan anak. Yang paling PENTING, kawal emosi. Jangan kita dipengaruhi emosi anak, tapi kita mempengaruhi mereka.

 

 

3. PUJI DAN DORONG

Ada orang kata pujian membuatkan anak semakin naik lemak. Pada saya tak, sebab pujian adalah sunnah Rasulullah. Yang buatkan anak naik lemak adalah manja berlebihan, kesalahan tak ditegur, selalu bagi macam-macam tanpa kawalan pada anak, suka selesaikan tangisan anak dengan hadiah merapu. Percayalah semua ini akan buatkan anak anda naik lemak.

Manakala pujian akan menaikkan estim diri anak. Anak ada rasa konfiden sebab manusia paling dekat dengannya pun puji. Pujian mesti dengan syarat

– puji terus, jangan tunggu esok lusa, nantu dia dah lupa kebaikan yang dilakukan
-puji depan adik beradik atau orang lain
-puji perbuatannya, bukan orangnya

 

 

4. KENALKAN KEPADA INDIVIDU HEBAT YANG MENJADI IDOLA MEREKA

Ini satu lagi teknik bagus nak bantu anak naikkan keyakinan diri. Kenalkan mereka kepada idola mereka. Jumpakan mereka, bagi peluang mereka berinteraksi.

Biar mereka tahu, idola mereka juga bermula dari manusia biasa. Bukannya lahir terus jadi hebat. Bukannya ada kuasa super power yang menjadikan mereka hebat.

 

Jika anak nak jadi doktor, kenalkan pada kenalan kita yang doktor. Jika anak nak jadi pilot, jumpakan mereka dengan pilot. Jika nak jadi motivator, jumpakan dengan Che Mat, ehh, hahaha