3 “MAKANAN” YANG BANTU ANAK CEMERLANG

By July 31, 2017Tips Parenting

3 “MAKANAN” YANG BANTU ANAK CEMERLANG

 PENDAHULUAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah di atas kesempatan masa yang diberikan kepada saya untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang juga datang daripada-NYA yang Maha Mengetahui.

Terima kasih tuan puan kerana sudi meluangkan masa untuk membaca ebook pada kali ini. Saya Che Mat, inspirator pelajar daripada syarikat Alaf Training penganjur seminar Tapow A. Kami akan berusaha sehabis baik bagaimana ingin membantu anak-anak tuan untuk menjadi pelajar yang soleh dan cemerlang.

Alhamdulillah, dalam ebook kali ni, saya nak kongsi 3 ‘makanan’ yang baik yang boleh membantu anak-anak untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan dapat membantu anak anak untuk lebih mudah fokus dalam kelas dan pelajaran.

1) MAKANAN JASAD

Makanan untuk jasad sangat penting kerana makanan untuk jasad inilah yang akan membentuk akal, emosi, dan hati anak-anak. Makanan yang baik dapat membentuk peribadi yang baik.

Merujuk kepada pakar pemakanan, anak yang tidak baik sebenarnya disebabkan oleh pengambilan makanannya yang tidak seimbang dan tidak baik bukannya disebabkan anak itu yg tidak baik.

Tanda-tanda anak mendapat makanan yang tidak baik ialah kita boleh lihat pada najis mereka. Ini melambangkan jenis makanan yg ibu bapa berikan pada mereka.

Kesan pengambilan makanan yg tidak seimbang ialah: akan membentuk karakter anak-anak yg mudah menangis, meragam dan mengamuk. Jadi, ibu bapa mestilah membantu anak-anak untuk memberi makanan yg sihat.

Contoh makanan yang tidak baik yg harus dielakkan: makanan segera, makanan yg mengandungi msg, minuman bergas, makanan yg manis. Semua makanan ini tidak baik untuk membentuk intelektual anak-anak.

Makanan yang boleh diambil oleh anak-anak ialah: makanan sunah iaitu makanan yang baik lagi halal. Contoh makanan yg baik dan sihat yg ibu bapa boleh bekalkan kepada anak-anak supaya jasadnya semakin baik ialah:

  • Kurma: dapat membekalkan tenaga kepada anak-anak untuk berfikir.
  • Madu: makanan yg baik dan dapat membekalkan tenaga dan menyihatkan tubuh badan anak kita dan membantu anak-anak untuk fokus dalam pelajaran.
  • Susu: dapat menguatkan tulang dan membekalkan kalsium.
  • Makanan-makanan protein seperti kambing dan ayam.
  • Roti: dapat membekalkan karbohidrat.

2) MAKANAN AKAL

 

Anak-anak mesti tahu dan belajar kaedah-kaedah belajar yang betul barulah mereka boleh menjadi pelajar yang cemerlang.

Cara untuk membina akal anak-anak ialah dengan mempelajari kaedah belajar yang betul. Jenis kaedah belajar ialah:

  1. Teknik Belajar Berdasarkan Kaedah NLP
  2. Teknik Belajar Otak Kanan Dan Kiri
  3. Teknik Belajar Straight A
  4. Teknik Menghafal Yang Betul
  5. Teknik Menulis Nota Yang Betul
  6. Cara Membaca Yang Betul

Jika anak-anak tidak belajar kaedah-kaedah belajar yang betul, mereka sebenarnya tidak menggunakan akal secara optimum.

Oleh sebab itu, ada kalangan pelajar yang belajar bersungguh-sungguh namun hasilnya kurang memuaskan. Ini mungkin disebabkan kaedah belajar mereka tidak tepat dan perlu diperbaiki lagi.

Kaedah belajar yang betul dapat meningkatkan prestasi akademik anak-anak dan meningkatkan penggunaan akal mereka.

3) MAKANAN HATI

 

Makanan untuk hati amat penting untuk dijaga agar hati anak-anak sentiasa tenang, lapang, bersyukur, bersabar. Jika hati anak dalam keadaan baik, inshaAllah kehidupan mereka akan berasa lapang. Anak-anak mesti belajar:

1) Makna Kehidupan Mereka.

2) Makna Belajar Yang Betul.

Maknanya, belajar bukanlah kerana exam, ibu bapa, sekolah, dan apabila disuruh oleh cikgu semata-mata ataupun bukan kerana untuk mendapat straight A semata-mata.

Anak-anak mesti ada makna belajar yg betul:

Anak-anak mesti ada makanan untuk hati mereka untuk mengetahui makna kehidupan yg sebenar dan makna belajar yg betul. Makanan yang baik untuk hati sangat penting supaya apabila anak-anak ada masalah, hati mereka akan tenang dan lapang.

Alhamdulillah, setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Terima kasih kepada anda kerana membaca sehingga habis. Harapan saya agar perkongsian ini bermanfaat dan disebarluaskan kepada yang lain. Jangan lupa nantikan perkongsian saya yg seterusnya. Terima kasih.

Join the discussion One Comment

  • fiza says:

    assalamualaikum, che mat. Sy ialah salah seorang yang membeli CD esklusif tapaw A, tetapi anak sy baru berusia 6 bulan. hahahha.. Bila sy membaca artikel-artikel yang che mat tuliskan, sy sgt2 berterima kasih untuk sy mendisiplinkan anak sy kelak. sy minta halalkan ilmu yg che mat berikan. terima kasih

Leave a Reply